بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”"Ya Allah, di KETIKA aku lakukan kesalahan kepada orang lain, anugerahkanlah KEKUATAN untuk meminta kemaafan, manakala di waktu orang melakukan kesalahan kepadaku, anugerahkanku KEKUATAN memberi kemaafan"

♥ Entry Terkini ♥

Permohonan Kemasukan UiTM Sesi 2 2012/2013



Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang
berkelayakan untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
● Pemohon dikehendaki melayari http://www.online.uitm.edu.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut, sebelum membuat permohonan.
● Pemohon dikehendaki membeli no. slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 2 Julai 2012 (Isnin) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking.
*no. slip yang dibeli sebelum 2 Julai 2012 adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini*
● Sila nyatakan Peringkat Program (DIPLOMA & ASASI UNDANG-UNDANG/PENERAPAN/ PROFESIONAL) seperti jadual di bawah semasa pembelian no. Slip di BSN. Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibeli sebelum meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian no. slip, tiada pemulangan bayaran.
● Permohonan melalui http://www.online.uitm.edu.my/ bermula 2 Julai 2012 (Isnin).
● Tarikh tutup permohonan online pada 26 Ogos 2012 (Ahad).
Jadual boleh tgk di sini : http://www.online.uitm.edu.my/doc/(33cmx16.3cm)%20Poster%20IKLAN.pdf
Klu tk boleh masuk link di atas , tekan link http://www.online.uitm.edu.my/ . Lepas tu scroll sampai bawah dan cari yang tulis mcm nie : 
PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN PENGAMBILAN SESI AKADEMIK 2 2012/2013 AKAN DIBUKA BERMULA 2 JULAI 2012 SEHINGGA 26 OGOS 2012

No comments: