بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”"Ya Allah, di KETIKA aku lakukan kesalahan kepada orang lain, anugerahkanlah KEKUATAN untuk meminta kemaafan, manakala di waktu orang melakukan kesalahan kepadaku, anugerahkanku KEKUATAN memberi kemaafan"

♥ Entry Terkini ♥

Inginkan Rambut Sihat ?



APA yang kita makan sudah pasti mencerminkan keadaan tubuh kita Sekiranya anda jenis yang mengamalkan kecantikan menerusi pengambilan pemakanan berkhasiat hasilnya sudah pasti kulit bersih dan rambut sihat sempurna.




Pakar Pemakanan 101 HairCare, Fanny Ling berkata amalan pemakanan dan rambut sebetulnya sanria penting malah boleh dikatakan berjalan seiring. Bagaimanapun dengan perubahan iklim gaya hidup tidak sihat dan pemakanan yang tidak seimbang. la memberi kesan buruk terhadap kesihatan rambut. Ini kerana hang rambut memerlukan khasiat penting untuk berfungsi dengan baik.

Katanya, jika kurang makan buah buahan kesihatan kulit kepala akan terjejas dan mengakibatkan ia menjadi sensitif kering dan seterusnya rambut lebih mudah rosak.


Keadaan Itu juga mempengaruhi kadar pertumbuhan rambut menjadi lebih perlahan kerana tidak cukup Vitamin dan sumber mineral penting itu.


Berbanding makanan lain buah buahan mengandungi tinggi serat termasuk aneka Vitamin A, B, C dan E Serat amat penting dalam prosespenyahtoksik dan ia boleh berikat dengan

asid lemak bagi menyah toksin daripada badan kita. Vitamin dalam buah-buahan boleh meningkatkan sistem pertahan badan selain memperbaiki kulit kepala.

"Vitamin A, B, C, E dan mineral seperti besi dan zink membantu dalam mencegah keguguran rambut. Vitamin C juga boleh memperbaiki pengaliran darah la membawa nutrien daripada darah ke akar rambut serta merangsang pertumbuhan rambut sihat," katanya.


Mendidikorang ramai terhadap kepentingan penjagaan rambut menggunakan bahan berasaskan buah-buahan 101 Hair. Care dengan kerjasama MBG FruitShop, menganjurkan peraduan di laman sosial Facebook iaitu "Rambut Sihat, Kenangan Terindah" yang berlangsung sehingga 8 September lalu.


Menerusi peraduan itu orang ramai boleh merakamkan foto persendirian dengan keluarga atau rakan yang sedang berseronok dengan buah buahan dan rambut secara kreatif pelik dan unik mengikut kehendak peserta sendiri. Gambar yang paling kreatif akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 tajaan.



MBG serta hamper produk penjagaan rambut tajaan 101 HairCare. Semestinya watak utama peraduan ini iaitu rambut yang cantik dan unik serta buah buahan menjadi elemen penting dalam foto yang dirakamkan. Layari laman web facebook.com/mbgfruit atau facebook.com/101haircare untuk menyertainya dan pastikan foto yang menarik.


Sementara itu Pengarah Urusan MBG Fruits, Adnan Lee berkata peraduan, "Ini mempunyai objektifnya yang tersendiri. Kami mahu menyemarakkan semangat patriotik dan merayakan Hari Raya Aidilfitri bersama rakan beragama Islam dengan penuh keceriaan dan kegembiraan. Peraduan ini juga selari dengan ralsafah sebenar perniagaan kam iaitu untuk mendidik komuniti mengenai kesihatan secara keseluruhannya. Facebook adalah satu laman sosial yang untuk menghubungkan dengan insan lain di seluruh dunia. Bagi memanfaatkannya kami ingin menyampaikan mesej dan maklumat berunsur pendidikan kepada orang ramai mengenai kepentingannya dalam konteks pemakanan buah-buahan yang turut mempunyai peranan penting dalam menjaga kesihatan rambut mereka. Maklumat mengenai penjagaan kesihatan boleh dilayari dalam laman web terbabit," katanya.



Rambut dan buah buahan :


  • Mengambil diet yang lebih dengan memakan buah-buahan serta sayur-sayuran yang rendah kandungan kanji. Ini boleh membantu melambatkan proses keguguran rambut
  • Buah buahan dan sayur-sayuran mengandungi flavonoid yang kebanyakannya antioksidan serta memberi perlindungan kepada liang rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut
  • Jus yogurt strawberi sangat baik dan berkesan bagi mereka yang kerap berjaga sehingga lewat malam atau insomnia Jus yogurt strawberi yang kaya dengan vitamin B, C dapat membantu tidur dengan lena dan meningkatkan sistem pertahanan badan
  • Tidak cukup tidur menyebabkan hormon tidak seimbang dan kulit kepala turut berminyak Kulit kepala yang berminyak menyebabkan liang rambut tersumbat wujud sejenis hama yang dikenali sebagai demodex yang boleh menyebabkan keguguran rambut dan juga melambatkan pertumbuhan rambut
  • Jus betik timun dan limau kerana ia dapat meremajakan kulit kepala
  • Timun melembapkan kulit kepala manakala betik membekalkan Vitamin A dan C yang penting dalam menentang proses penuaan
  • Jus buah kiwi dan nenas adalah gabungan hebat
  • Kiwi kaya dengan Vitamin C yang dapat membantu buang toksin daripada sistem penghadaman dan enzim dalam nanas berfungsi berkesan untuk mencernakan protein yang diambil . Apabila digabungkan kedua-duanya akan memperkukuhkan dan mempercepatkan proses penyahtoksin seterusnya memperbaiki kulit dan kulit kepala .

♥ Khasiat Buah-Buahan ♥


Anggur/kismis



Mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung dan kehilangan ingatan, antipenuaan, antioksidan, antiradang, menjaga kesihatan kulit, mata, kardiovaskular, kesihatan gastrik, kesihatan saluran kencing dan menentang penyakit gusi.

Oren

Menjaga kesihatan jantung, penglihatan, pelalian dan mengurangkan risiko pelbagai kanser. Antioksidan, membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.

Epal

Mencegah demensia, mencegah kenaikan berat badan, menurunkan kolestrol, menentang kanser dan anti oksidan.

Pear

Antioksidan, menjaga kesihatan kardiovaskular, antiradang, menjaga kesihatan jantung, menyembuhkan luka dan lebam, membaiki tisu, menjaga kesihatan penglihatan, menentang jangkitan, menyokong transmisi saraf, melawaskan perut.

Pisang kaki


Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.

Mangga


Antikanser, menjaga kesihatan penglihatan, membantu penghadaman, menjaga kesihatan kulit, membantu membaiki kesihatan seksual, berfaedah bagi anemia dan mencegah selaran panas.

Kiwi



Membantu mengatasi insomnia, mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida), membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas, berdehit dan batuk malam), mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit, menjaga kesihatan penglihatan, kesihatan kolon dan kesihatan prostat.

Pisang


Anti kemurungan (membantu membaiki ragam diri dan tidur), antioksidan, mengawal tekanan darah, meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan, meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan risiko kanser, melegakan ciri-birit dan juga sembelit.


Mengapa ? Kenapa ?

Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah ?

Cintailah ALLAH dengan sepenuh hati, maka ALLAH akan memberi yang terbaik sesuai dengan cinta anda kepadaNYA . Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja … tapi , itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar , masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA .

2. 
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik .

3. 
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH .

4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK , KHAS UNTUK DIRI KITA .

5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan .

6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya .

7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA yang HEBAT JIWANYA .

8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN yang TAK SELAMANYA KEKAL.


p/s : Kepada semua sahabat yg kecewa kerana menderita dan sengsara di sebabkan cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya . Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan perintahNYA , dan meninggalkan laranganNYA . PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA . Dan janganlah sesekali kita mempertikaikan apa yang telah berlaku tetapi terimalah semua itu dengan hati terbuka , ikhlas dan redhakan sahaja apa yang berlaku . Pegang dengan ayat "Percaya pada qada dan qadar" . InsyaAllah :)  ♥

♥ Final Year GiveAway by TehaaNFM&Ammin ♥


Sponsor sudah di like dan juga di follow . Senarai sponsor juga sudah diletak di bloglist (sidebar kiri) .
Good Luck for ME :D KLIK BANNER untuk join :)

♥ Kelas Serving ♥

ME (:
3/12/12 bermulalah semester baru iaitu semester 3 di UiTM Pulau Pinang . Rasa mcm sekejap je dah sem 3 , padahal masuk belajar bulan 11 tahun lepas . Okay2 entry kali nie nak cerita pasai sem 3 sahaja . Sem nie eyda belajar masak lagi dan tambah lagi satu subjek serving .. Serve guest ala-ala mcm hotel gitu . Selasa (11/12/12) minggu kedua kuliah tapi mggu tuh kami tk start serve guest lgi . Lecturer just ajar cara nak serve , table setting , lipatan napkin dan semua yang berkaitan serving . Kelas serving nie lagi byk menghafal pastu kena ingat nama-nama pinggan lah sudu garfu lah , macam2 lah .. Kelas teori serving pon boleh tahan lagi . Tapi kan eyda ralat sikit *actually byk* sbb baju serving RM160 , kasut serving RM60 . Baju serving pakai sekali sahaja tuh pon untuk sem 3 nie . Kasut lain cerita lah nanti klu keje boleh pakai *tuh pon kalau muat* , baju nie mcm mana plak ? Dah lah kalau pergi LI course eyda nie boleh masuk HOSPITAL dan kena pakai baju KITCHEN sahaja . Apa pon jom eyda nak jamu mata korg dgn gambar time kelas serving :)
Me , Kak Anna dan Farhanah :)
table setting 
waitress
lecturer for kelas serving
serve main course
serve dessert
Okay .. Puas hati tak ? Hee byk lagi gambar tapi yg nie pon dh cukup kan ... Disebabkan time nie hanya lah demo semata-mata so guest dy kami jugalah hahaha makan sedap untuk hari itu SAHAJA  :p *sedap ? boleh lah*
Ohh yee lupa plak nak bgtau , guest kami kebanyakannya students situ dan lecturer . Tapi eyda rasa kami boleh je serve guest luar cuma yang tuh kena mintak kepastian lecturer dulu . Kalau boleh serve guest luar nanti eyda akan promote hotel uitm entry next nya :) Okay Alright ^__^     ♥ untuk korg

♥ Blogwalking ♥

Alhamdulillah contest yg eyda join dah tamat .. Dan org yg anjurkan contest tuh a.k.a Hazwan Hairy dah listkan senarai peserta contest untuk di blogwalking . So eyda kena lah cepat2 bw depa semua sblm eyda makin sibuk kat kolej nie . Tapi masalah internet kat uitm nie mmg tkleh elak , mcm mana pon kena gak keluar dari situ untuk dapatkan line yang bagus . Walaupun dah beli broadband pon kalau duduk dalam kampus CONFIRM line teruk tapi keluar kat Perda okay je , laju lagi ada lah . Ada kwn ckp kawasan dalam kampus nie mmg semua line maxis , celcom , digi semua teruk . Eyda kalau boleh nak habiskan blogwalking semua blogger-blogger yg join contest tuh minggu nie yang seramai 107 orang . ALHAMDULILLAH juga eyda baru je selesai bw ke semua blog-blog tersebut . Dan bila bw ke blog org nie alaaa jealousnya tgk blog depa semua cantik , kemas  .. tgk blog eyda plak biasa2 sahaja . Takpa lah lgipon berblog nie pon untuk luangkan masa je tpi skrg mcm tkde masa plak :( Sampai entry kebanyakannya auto-publish . Mohon jangan marah klu takda entry baru atau bagus ke apa lah . Eyda mintak maaf sangat2 :(
*update blog pon kat Mcd Batu Feringgi*

Petua Langsing dan Kurus Tanpa Buncit


1. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh  
     menurunkan berat badan anda.

Caranya : Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam pet i sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. 
    Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya : Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

4. Nak Turunkan Berat Badan
    Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu   
    Manis dan Madu.

5. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :

i. Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
ii. Tumbuk kesemua sehingga lumat.
iii. Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

6. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

7. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

8. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Khasiat Limau Nipis

Limau nipis bukan buah yang asing bagi kita. Dulu, ketika masih kanak-kanak, kita mungkin biasa minum perahan limau nipis yang dicampur dengan kicap dan sedikit garam untuk menyembuhkan batuk. Memang rasanya masam tapi batuk beransur-ansur sembuh bukan? Atau jika hari panas, air limau nipis sejuk menjadi penawar dahaga. Air limau nipis kononnya dapat mengeimbangkan makanan berlemak. Sebenarnya masih banyak kegunaan buah limau nipis ini, dari menghilangkan sembelit hingga menghindarkan kedut-kedut pada wajah.

Limau nipis atau nama botaninya citrus aurantifolia. Kalau di barat dipanggil lime, bangsa Sepanyol mengenali sebagai lima, sementara orang Arab menyebutnya limah. Pohon limau nipis boleh mencapai ketinggian hingga 4 meter, lebih pendek dari ‘saudara’nya limau purut. Buahnya berbentuk bulat sebesar bola ping pong dengan kulit luar berwarna hijau, setelah tua menjadi kuning. Seperti buahnya yang kecil, bunganya pun berukuran kecil-kecil berwarna putih.

Rasa masam pada limau nipis dan semua jenis limau lainnya, berperanan pembuang toksin terbesar dibandingkan buah-buah lain. Rasa masam dan unsur pectin yang terkandung di dalamnya membantu menghilangkan racun-racun dalam tubuh. Jika ingin melakukan pembuangan toksin, anda boleh minum segelas besar air yang ditambah dengan perahan limau nipis setiap pagi kemudian diikuti dengan segelas besar air putih setiap jam berikutnya. Jika tidak tahan dengan rasa masamnya, limau nipis boleh digantikan dengan limau biasa.

Kadang-kadang proses pembuangan toksin diikuti dengan keluarnya gejala seperti kulit kering atau sakit kepala. Gejala ini berjalan seiring dengan keluarnya racun dari tubuh dan keadaan ini adalah wajar. Namun jika tidak yakin, anda mesti mendapatkan nasihat doktor. Selain itu, disarankan agar tidak memakan limau nipis untuk membuang toksin ketika tubuh tidak sihat kerana keadaan ini boleh memburukkan lagi kesihatan anda.


Kegunaan Limau Nipis
Tingkat daya tahan tubuh :

Menurut buku Food That Harm Food That Heal, meminum air limau ini sebiji sehari, akan meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan virus. Vitamin C yang tinggi dari buah ini akan menyediakan antioksidan untuk menjinakkan radikal bebas dalam tubuh. Sementara sejumlah mineral, potasium di alamnya bermanfaat untuk membantu mengatur tekanan darah dan fungsi jantung, serta vital untuk memelihara kelenturan otot dan memperlancar sistem saraf.

Selagi tidak disebabkan oleh jangkitan di tekak atau jangkitan paru yang parah, limau nipis berkesan untuk menghilangkan batuk. Ini kerana beberapa kandungan mineral yang penting pada limau nipis seperti kalsium, pospor, potasium dan besi. Seperti diketahui, besi adalah suatu antioksidan.

Potasium menyeimbangkan tekanan darah menguatkan fungsi jantung. Ada pun pospor memperbaiki metabolisme tubuh. Kombinasi vitamin C dan beberapa mineral tersebut sudah tentu berkesan untuk mengatasi gangguan ringan pada tubuh, seperti masuk angin, yang menyebabkan batuk. Secara tradisional, penggunaan limau nipis sebagai ubat batuk adalah cukup dengan membelah sebiji limau nipis dan dituangkan dengan sedikit kicap di atas hirisan limau tersebut, lalu diperah ke dalam mulut. Penggunaan kicap itu sendiri tidak jelas tujuannya.

Mungkin kicap digunakan untuk mengseimbangkan rasa masam yang sangat kuat dari limau nipis. Kicap dipilih kerana rasa manis yang ditimbulkan juga tidak setajam rasa manis pada gula yang boleh merangsang munculnya batuk. Kombinasi semacam ini umum dijumpai pada ubat-ubat dijual di kedai-kedai ubat Cina.

Demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

Batuk
Ambil air limau nipis satu sudu teh. Campur dengan kicap manis. Minumlah tiga kali sehari. Cara lain untuk mengubati batuk ialah dengan memanggang limau nipis sebentar di atas api. Biarkan sebentar hingga menjadi suam-suam kuku, belah buah limau nipis tersebut, lalu langsung perah ke dalam mulut hingga mengalir ke tekak. Resipi ini baik juga untuk menyembuhkan

Selesema
Menghentikan kebiasaan merokok.. Hisaplah sehiris limau nipis. Rasanya yang masam segar membuat anda terangsang untuk minum air putih. Lakukan beberapa kali sehari. Cara ini selain mengurangi keinginan untuk merokok, juga membantu membersihkan nikotin yang sudah terdapat pada gigi dan mulut.

Bau ketiak yang tak sedap

Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.