بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”"Ya Allah, di KETIKA aku lakukan kesalahan kepada orang lain, anugerahkanlah KEKUATAN untuk meminta kemaafan, manakala di waktu orang melakukan kesalahan kepadaku, anugerahkanku KEKUATAN memberi kemaafan"

♥ Entry Terkini ♥

Inginkan Rambut Sihat ?



APA yang kita makan sudah pasti mencerminkan keadaan tubuh kita Sekiranya anda jenis yang mengamalkan kecantikan menerusi pengambilan pemakanan berkhasiat hasilnya sudah pasti kulit bersih dan rambut sihat sempurna.




Pakar Pemakanan 101 HairCare, Fanny Ling berkata amalan pemakanan dan rambut sebetulnya sanria penting malah boleh dikatakan berjalan seiring. Bagaimanapun dengan perubahan iklim gaya hidup tidak sihat dan pemakanan yang tidak seimbang. la memberi kesan buruk terhadap kesihatan rambut. Ini kerana hang rambut memerlukan khasiat penting untuk berfungsi dengan baik.

Katanya, jika kurang makan buah buahan kesihatan kulit kepala akan terjejas dan mengakibatkan ia menjadi sensitif kering dan seterusnya rambut lebih mudah rosak.


Keadaan Itu juga mempengaruhi kadar pertumbuhan rambut menjadi lebih perlahan kerana tidak cukup Vitamin dan sumber mineral penting itu.


Berbanding makanan lain buah buahan mengandungi tinggi serat termasuk aneka Vitamin A, B, C dan E Serat amat penting dalam prosespenyahtoksik dan ia boleh berikat dengan

asid lemak bagi menyah toksin daripada badan kita. Vitamin dalam buah-buahan boleh meningkatkan sistem pertahan badan selain memperbaiki kulit kepala.

"Vitamin A, B, C, E dan mineral seperti besi dan zink membantu dalam mencegah keguguran rambut. Vitamin C juga boleh memperbaiki pengaliran darah la membawa nutrien daripada darah ke akar rambut serta merangsang pertumbuhan rambut sihat," katanya.


Mendidikorang ramai terhadap kepentingan penjagaan rambut menggunakan bahan berasaskan buah-buahan 101 Hair. Care dengan kerjasama MBG FruitShop, menganjurkan peraduan di laman sosial Facebook iaitu "Rambut Sihat, Kenangan Terindah" yang berlangsung sehingga 8 September lalu.


Menerusi peraduan itu orang ramai boleh merakamkan foto persendirian dengan keluarga atau rakan yang sedang berseronok dengan buah buahan dan rambut secara kreatif pelik dan unik mengikut kehendak peserta sendiri. Gambar yang paling kreatif akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 tajaan.



MBG serta hamper produk penjagaan rambut tajaan 101 HairCare. Semestinya watak utama peraduan ini iaitu rambut yang cantik dan unik serta buah buahan menjadi elemen penting dalam foto yang dirakamkan. Layari laman web facebook.com/mbgfruit atau facebook.com/101haircare untuk menyertainya dan pastikan foto yang menarik.


Sementara itu Pengarah Urusan MBG Fruits, Adnan Lee berkata peraduan, "Ini mempunyai objektifnya yang tersendiri. Kami mahu menyemarakkan semangat patriotik dan merayakan Hari Raya Aidilfitri bersama rakan beragama Islam dengan penuh keceriaan dan kegembiraan. Peraduan ini juga selari dengan ralsafah sebenar perniagaan kam iaitu untuk mendidik komuniti mengenai kesihatan secara keseluruhannya. Facebook adalah satu laman sosial yang untuk menghubungkan dengan insan lain di seluruh dunia. Bagi memanfaatkannya kami ingin menyampaikan mesej dan maklumat berunsur pendidikan kepada orang ramai mengenai kepentingannya dalam konteks pemakanan buah-buahan yang turut mempunyai peranan penting dalam menjaga kesihatan rambut mereka. Maklumat mengenai penjagaan kesihatan boleh dilayari dalam laman web terbabit," katanya.



Rambut dan buah buahan :


  • Mengambil diet yang lebih dengan memakan buah-buahan serta sayur-sayuran yang rendah kandungan kanji. Ini boleh membantu melambatkan proses keguguran rambut
  • Buah buahan dan sayur-sayuran mengandungi flavonoid yang kebanyakannya antioksidan serta memberi perlindungan kepada liang rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut
  • Jus yogurt strawberi sangat baik dan berkesan bagi mereka yang kerap berjaga sehingga lewat malam atau insomnia Jus yogurt strawberi yang kaya dengan vitamin B, C dapat membantu tidur dengan lena dan meningkatkan sistem pertahanan badan
  • Tidak cukup tidur menyebabkan hormon tidak seimbang dan kulit kepala turut berminyak Kulit kepala yang berminyak menyebabkan liang rambut tersumbat wujud sejenis hama yang dikenali sebagai demodex yang boleh menyebabkan keguguran rambut dan juga melambatkan pertumbuhan rambut
  • Jus betik timun dan limau kerana ia dapat meremajakan kulit kepala
  • Timun melembapkan kulit kepala manakala betik membekalkan Vitamin A dan C yang penting dalam menentang proses penuaan
  • Jus buah kiwi dan nenas adalah gabungan hebat
  • Kiwi kaya dengan Vitamin C yang dapat membantu buang toksin daripada sistem penghadaman dan enzim dalam nanas berfungsi berkesan untuk mencernakan protein yang diambil . Apabila digabungkan kedua-duanya akan memperkukuhkan dan mempercepatkan proses penyahtoksin seterusnya memperbaiki kulit dan kulit kepala .

4 comments:

De' Wanie said...

thanks kongsi tips ni dik..berguna sgt!jemput singgah blog akak ye..;)

outbound malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

MalizaMah said...

Leeza kategori kurang mkn buah!

hazwan hairy said...

rambut penting...hehe