بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”"Ya Allah, di KETIKA aku lakukan kesalahan kepada orang lain, anugerahkanlah KEKUATAN untuk meminta kemaafan, manakala di waktu orang melakukan kesalahan kepadaku, anugerahkanku KEKUATAN memberi kemaafan"

♥ Entry Terkini ♥

Kantoi Sudah


Perkara yg tkleh lupa bila smlm terlepas bas nak balik kolej . Mcm mana blh terlepas tuh sbb salah set masa kat hp . Itulah padahnya bila mengharap sgt kan hp lepas tuh tk bgtau fmly bas pkul brapa . Drpd sampai ptg kolej terus sampai mlm . Nasib badan lah kan . Bkn salah sesiapa tpi salah diri sendiri . Apa2 pun selamat juga sampai kolej wp lewat . Itu jadi smlm , hari nie ada test CTU(agama) Cuti seminggu raya tk pernah bukak buku sbb #TeamStudyLastMinute kata kan -,- bila lah nak berubah asmida oi tktau lah .
Disebabkan hari nie ada test so smlm pulun gila lah baca *bajet stay up tpi kol 12 dh ada atas katil -,-
Smlm sempat buat notes sikit2 je , yg mana pntg masuk lah dlm notes tuh . Lepas tidur bangun pkul 5pgi plak nak sahur dan sambung study . Sahur mkn maggi cup je huhu , nasib lah tkleh masak kat kolej :(
Sambung study sampai solat Subuh semua then sambung balik tidur wakakaka *sejak azali kerja tidur je ceq nie :D Bangun pkul 9 pagi mandi siap2 pergi kelas *konon semangat  nak ambik test
Dpt kertas soalan , ya Allah apa eyda baca semalam mmg betul keluar soalan yg tu . Ljau je jawab tk pandang kiri kanan kan hahaa . Dan nak dijadikan cerita plak ada lelaki depan eyda bukak buku plak *nak meeniru lah konon last kantoi dgn ustaz
Kena sound sebijik dgn ustaz , ingat ustaz tk nampak . Apa lah test pon nk bukak buku , klu quiz tkpe lgi nie test . Masa final exam mcm mana lah kan ? Bkn nak mengata , mengumpat atau mengaibkan org ke apa tpi ambik pengajaran drpd apa yg berlaku . Allah tu Maha Melihat dan Mengetahui segala-galanya . Lagipun kamu tuh budak engineering , klu meniru nie nampak tak elok lah . Jgn nanti sbb salah seorg semua dpt malu . Kwn2 yg lain blh jawab tnpa tgk buku dan ada yg study last minute kenapa kamu tk blh ? Mcm eyda mmg jenis suka study last minute dan eyda terus jugak cara eyda walaupun sebenarnya salah cara eyda tuh . Eyda lebih selesa dgn cara nie , dan lgi faham klu study mcm nie . Cuma eyda tk amalkan sgt bila dah masuk U nie . Final exam klu bt mcm tuh mmg tk dekan lah kan >,< Study last minute nie pon utk test / carry marks je huhu . 
Alhamdulillah juga sbb boleh jawab test tadi , harap2 okay lah markah test tuh . Okay lah , nak study tulisan cina plak . Ehh hafal lah , study apa plak . Kena hafal tulisan cina plak sampai 30++ character kot . Semoga tajam lah daya ingatan eyda nie :)

Kali Kedua :'(


Kecewa , sedih , sakit hati semua ada . Bila kita dpt tahu kebenaran itu sendiri lagi menyakitkan hati . Kenapa lah awk susah sgt nak berterus terang dgn sya . Klu dari dulu awk ckp awk dh ada gf baru sya tkkn mengharap kat awk . Tapi awk tk . Awk tk ckp apa pon . Masa sya mintak putus pon awk tk bgi kata putus . Lepas tu awk contact sya balik , awk cari sya balik . Awk buat seolah-olah tkde apa pon jadi . Setiap hari sya doa kpd Allah hubungan kita nie . Sya mintak Allah bagi petunjuk jika awk mmg bukan tertulis utk sya . Nahh skrg Allah dh tunjukkan segalanya kat sya . Hari nie tiba-tiba sya tergerak hati nak tgk fb kwn perempuan awk yg skrg gf awk . Bila usha fb dy sya terperasan satu fb laki nie dan fb tuh adalah fb awk . Bila sya bukak fb awk tuh sya terkejut awk public kan relationship awk dgn perempuan tuh . Ya Allah , sakitnya hati sya masa tuh hanya Dia sahaja yg tahu . Sya cuba tahan , tahan dan tahan air mata nie drpd mengalir . Sya tknk membazirkan air mata kerana lelaki lagi tpi sya tk kuat . Kenapa awk buat sya mcm nie awk ? Bila sya tgk info pasai awk , awk couple dgn dia 1 june 2012 . Tpi skrg pon awk masih lagi msj sya call sya , ambik berat pasai sya , rindu sayang bagai2 . Kenapa awk buat mcm tuh klu awk dh ada gf ? Awk sengaja bagi sya harapan palsu ke ? Satu satu penipuan awk lakukan . Sya penah cite yg ex sya penah tipu sya sampai kantoi sendiri buat relationship dgn perempuan lain . Awk pula buat fb baru relationship baru dgn perempuan yg dulu awk beria-ria ckp dy hanya kwn awk dan tk lebih dari itu . Sya terkilan sgt sbb kena tipu 2 kali dgn lelaki . Kena tipu benda yg hampir sama . Sya tk faham apa yg awk nak lagi drpd sya klu awk dah ada gf . Sya tk fhm kenapa awk tk berterus terang dgn sya dari mula ? Susah sgt ke nak berterus terang ? Tapi tk susah untuk awk tipu perasaan org ? begitu ? Selama nie sya bodoh sbb sya terlalu percayakan org . Bodoh sbb terlalu sygkan org . Bodoh sbb sya biar diri sya kena tipu dgn lelaki . Sya htr msj kat awk sya tkkn ggu awk , tkkn kacau hubungan awk dgn perempuan tuh jadi sya akan tunaikan apa yg sya ckp tuh . Sya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan awk dgn dia . Sya harap awk pon tkkn lagi ggu sya , tkkn msj atau call sya lagi . Klu kita nak jadi kwn pon tk boleh sbb sya tknk brkwn dgn org yg penipu . Semua kenangan kita sya akan delete terus dlm hidup sya dan sya tkkn biar sikit pon kenangan tuh dtg kembali dlm hidup sya . 
Ya Allah , Kau kuatkanlah hamba-Mu ini supaya segala rintangan yang mendatang ak dapat hadapinya dengan lebih tenang . Jangan Kau biarkan air mata ini mengalir untuk perkara seperti ini . Amin

DrWMH Contest and Giveaways


Picit Banner Utk Join :)
Contest nie ada 2 kategori FB and Blog . Eyda pilih blog sahaja :)
Hadiah agak menarik . Berminat ? Picit SINI :D

Contest Blog Simple But Awesome


Klik Banner utk join :)

Tag Anda Semua :)
Semua sponsor sudah follow and like :D

Raya Aidilfitri 2012 ♥♥♥


dlm keta , otw nak balik kampung
Akhirnya dpt gak update blog utk raya keempat . Disebabkan masalah internet so hari nie lah dpt update nya . Raya tahun nie mcm kurang meriahnya banding dgn tahun lepas . Mau tk meriah , raya pertama pagi sampai ke mlm tuh terperuk je kat rumah , tk keluar meraya mana2 pon . Rumah kwn ? Kwn semua pakat balik kampung , best lah kan dpt balik kampung . Eyda balik kampung balik hari :'( Tahun nie lah balik raya kat kampung paling sekejap . Lgi pun raya pertama tuh adk eyda guna motor seharian so eyda tkde moto lah nak keluar . Kwn mai ambik atau raya rumah ? Sorg pon tkde huhu , tkde kwn kot eyda nie hahaha ! *ehh , depa balik kampung lah*
Raya pertama pon dh tk meriah , raya kedua blh tahan lah(adalah ckit meriahnya) sbb balik kampung kan . Balik pon beraya dgn tok sedara , mak sedara , bapa sedara okay lah . Ada juga pergi meraya tuh kan huhu . Mula-mual pergi balik kampung belah ayah , ptg plak pergi kampung belah mak plak . Nasib baik lah kampung mak ayah dekat (yan-merbok) . Raya kampung ayah tk berapa best sgt sbb adk beradik ayah =,=
Tapi balik kampung mak , perghhhh semua pakat ada . Mak tam , mak ngah , pak jang , mak teh , abg sedara , anak buah semua ada . Yg terkejutnya ayah sedara eyda dh ada baby girl nama Nur Maisarah , geramnya tgk baby . Bila lah nak sampai seru nie *ehh gatai plak*
Mak sedara pon ada bby girl tpi brapa bulan ntah , yg adk maisarah tuh kecik lgi , bru lahir kot sbb mak dy tk habis pantang lagi . Then ada lgi bby tpi tkde la bby sgt , maybe tara-tara adk qhaliff (alaaa , anak abg ben tuh) . Yg tuh anak abg sedara eyda , nama cukup panjang *tk ingat juga* Mmmg meriah lah rumah semua org ada , layan telatah budak2 kecik . Teringat dulu2 masa arwah tok belah mak masih ada , balik kampung paling best sbb ramai2 kumpul pakat kacau dodol , buat biskut raya main mercun sama2 . Ya Allah , rindunya dekat arwah tok :'( Kan best klu tok masih ada dgn kami , mesti keluarga kita semua , kita semua akan bersatu , gembira selalu . Okay2 , tknk cerita pnjg2 dah , kepala dah sakit nak rehat , ehh ! nak bt quiz online . Bye2 :) Zaijian :)
rumah arwah tok *terbiar dan tkde sapa nak jaga*

adk beradik eyda *akk,adk,aziemah*
eyda , akk , adk , aziemah

Wanita Paling Ramai Masuk Neraka



MENGENANGKAN banyak antara kaum perempuan menyeleweng daripada ajaran Islam disebabkan beberapa sifat buruk yang sepatutnya dijauhi, Rasulullah SAW menasihati dan menggalakkan mereka supaya selalu bersedekah. Hal ini kerana sedekah akan menolong mereka di dunia dan akhirat.
Dalam hadis daripada Jabir bin Abdullah, katanya: “Aku hadir bersama-sama Rasulullah mengerjakan sembahyang pada hari raya (selepas sembahyang dan berkhutbah). Baginda kemudian pergi (ke barisan belakang) hingga sampai ke tempat kaum perempuan. Lalu Baginda menasihati dan mengingatkan mereka, serta Baginda (menggalakkan mereka bersedekah), sabdanya: “(Bersedekahlah kamu kerana sesungguhnya kebanyakan kamu menjadi kayu bakaran api neraka.”
Pada saat itu, seorang perempuan yang berkedut kedua-dua pipinya, bangun dari tengah kaum perempuan lalu bertanya: “Mengapa (kami dimurkai Allah seberat itu), Ya Rasulullah? “Baginda menjawab: “Kerana kamu selalu saja mengadu (tidak cukup nafkah), dan kamu pula tidak mengenang budi suami (sedikit pun).”
Jabir (rawi hadis ini) berkata: “Golongan perempuan itu pula tampil bersedekah barang perhiasan badan mereka, mereka meletakkan pada baju Bilal: subang dan anting-anting serta cincin mereka.” (Hadis riwayat Muslim)
Kaum perempuan diciptakan Allah dalam keadaan yang semulia-mulianya – sebagai ibu yang dihormati, isteri dikasihi dan anak disayangi. Selain itu, diberi panduan supaya mereka menjadi manusia beriman dan beramal salih.
Untuk menyedarkan mereka akan hakikat itu, Rasulullah menasihati mereka supaya menjauhi apa-apa juga tabiat buruk seperti diterangkan dalam hadis di atas. Perkara itu ditegaskan lagi dalam hadis berikut.
Daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Wahai kaum perempuan, bersedekah dan banyakkan beristighfar kerana sesungguhnya aku mengetahui (bahawa) kamu golongan yang banyak sekali antara ahli neraka.”
Seorang perempuan yang bijak antara mereka berkata: “Ya Rasulullah mengapa kami menjadi golongan yang banyak sekali antara ahli neraka?” Baginda menjawab: “”(Kerana) kamu selalu mengutuk dan memaki-hamun dan kamu pula tidak mengenang budi suami dan (selain itu) aku tidak melihat golongan yang kurang akal dan kurang pula (amal) agamanya serta besar pula pengaruhnya kepada orang lelaki bijak bestari (sekalipun) – selain daripada kamu.”
Perempuan itu bertanya lagi katanya: “Ya Rasulullah apa maksudnya: (Kaum perempuan) kurang akal dan kurang (amal) agama itu?” Baginda menjawab: “Mengenai kurang akal, maka (ketika menjadi saksi): Saksi dua perempuan, (hanya) menyamai saksi seorang lelaki; maka inilah (tanda) kurang akal. Dan seseorang perempuan pula akan tinggal beberapa hari dengan tidak mengerjakan sembahyang (kerana kedatangan haid) dan dia pula ada kalanya tidak berpuasa pada Ramadan (kerana kedatangan haid juga) maka ini dan (tanda yang menunjukkan kaum perempuan) kurang amal agamanya (berbanding dengan kaum lelaki).”
(Hadis riwayat Bukhari dan Ibn Majah)
Dari Al-Hasan, bahawa ‘Aqil bin Abi Thalib menikahi seorang wanita dari Jasyam. Para tetamu mengucapkan selamat dengan ucapan jahiliyah : “Birafa’ Wal Banin (Semoga murah rezeki dan banyak anak)”. ‘Aqil bin Abi Thalib melarang mereka seraya berkata : “Janganlah kalian ucapkan demikian!!. Karena Rasulullah s.a.w melarang ucapan demikian”. Para tamu bertanya :”Lalu apa yang harus kami ucapkan, wahai Abu Zaid ?”. ‘Aqil menjelaskan : “Ucapkanlah : Barakallahu lakum wa Baraka ‘Alaiykum (Semoga Allah memberi kalian keberkatan dan melimpahkan atas kalian keberkatan). Demikianlah ucapan yang diperintahkan Rasulullah s.a.w”.
(Riwayat Ibnu Abi Syaibah, Darimi, Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad dan lain-lain).
Doa yang biasa Rasulullah s.a.w ucapkan kepada seorang mempelai ialah :
“Barakallahu laka wa baraka ‘alaik, wa jama’a bainakuma fi khair”
Doa ini berdasarkan hadith sahih yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:
Dari Abu hurairah, bahawasa Nabi s.a.w jika mengucapkan selamat kepada seorang mempelai, beliau mengucapkan doa : “Barakallahu laka wa baraka ‘alaik, wa jama’a bainakuma fi khair (Semoga Allah memberimu keberkatan dan mencurahkan keberkatan ke atasmu dan mudah-mudahan Dia mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan)”.
(Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Darimi, Hakim, Ibnu Majah dan Baihaqi).
Wallahu’alam
#sumber

Visit Perak 2012 - Zoo Taiping dan Night Safari


jgn ambik gbr nie , check kat link eyda bagi

Terma dan Syarat :
  1. Hanya sah digunakan Zoo Taiping dan Night Safari Sahaja.
  2. Tidak boleh dijual dan ditunaikan
  3. Kupon ini hanya sah untuk satu tiket sahaja.
  4. Promosi sah dari 01/01/2012 - 31/12/2012.
  5. Kupon ini hanya boleh dicetak di laman web http://www.mptaiping.gov.my
  6. Sila serahkan baucer di kaunter jualan tiket untuk mendapatkan diskaun tersebut.

Selamat Hari Raya ♥♥



Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin 
kepada semua blogger-blogger , followers setia eyda .
Eyda mintak maaf seandainya eyda terkasar bahasa dalam setiap penulisan eyda yang menyinggung hati kamu semua . Setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesalahan , begitu juga dengan eyda . 

Walaupun tak sabar nak sambut raya *konon lah kan* mesti ada kalangan kita semua *blogger / followers* 
yg masih study dan lepas raya terus ada exam kan2 ??
Dgn dukacitanya eyda pon de test :( so tkleh n enjoy cgt . Yg plg takut ckrg nie ujian bertulis Mandarin , nak kena hafal 29 character / tulisan cina tuh agak2 blh ke tk ea ?? -,-
Sem lepas eyda main2 , sem nie eyda nak serius *sikit* ngan subjek nie . 
Okay2 , melalut sudah drpd raya >,<

Sya Nur Asmida Bt Karim ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin . Bagi yg akan menduduki peperiksaan sya doakan yang terbaik untuk anda dan yg plg penting sekali jgn lupa solat , doa kpd Allah . InsyaAllah dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT .


Permohonan Kemasukan UiTM Sesi 2 2012/2013



Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang
berkelayakan untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
● Pemohon dikehendaki melayari http://www.online.uitm.edu.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut, sebelum membuat permohonan.
● Pemohon dikehendaki membeli no. slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 2 Julai 2012 (Isnin) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking.
*no. slip yang dibeli sebelum 2 Julai 2012 adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini*
● Sila nyatakan Peringkat Program (DIPLOMA & ASASI UNDANG-UNDANG/PENERAPAN/ PROFESIONAL) seperti jadual di bawah semasa pembelian no. Slip di BSN. Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibeli sebelum meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian no. slip, tiada pemulangan bayaran.
● Permohonan melalui http://www.online.uitm.edu.my/ bermula 2 Julai 2012 (Isnin).
● Tarikh tutup permohonan online pada 26 Ogos 2012 (Ahad).
Jadual boleh tgk di sini : http://www.online.uitm.edu.my/doc/(33cmx16.3cm)%20Poster%20IKLAN.pdf
Klu tk boleh masuk link di atas , tekan link http://www.online.uitm.edu.my/ . Lepas tu scroll sampai bawah dan cari yang tulis mcm nie : 
PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN PENGAMBILAN SESI AKADEMIK 2 2012/2013 AKAN DIBUKA BERMULA 2 JULAI 2012 SEHINGGA 26 OGOS 2012

Antara Dulu dan Kini


Jahiliyyah DAHULU
~ Wanita-wanita yang rela dirinya ditiduri lelaki akan menggantungkan satu bendera putih di hadapan rumahnya yang membawa maksud , mana-mana lelaki yang ingin melakukan seks bebas , maka mereka diizinkan untuk memasuki mana-mana rumah yang terdapat bendera putih , pada bila-bila masa yang disukainya ...

Jahiliyyah MODEN 
~ Usahkan rumah , kini bilik hotel , kelab malam , malah pusat pelacuran berdaftar sudah banyak dibuka untuk tujuan menjual tubuh wanita di samping mendapat keuntungan HARAM

Jahiliyyah DAHULU
~ Seorang suami yang mandul atau memiliki anak benih yang lemah , tetapi menginginkan seorang zuriat yang sihat akan merelakan lelaki lain yang lebih sihat anak benihnya untuk meniduri isterinya .

Jahiliyyah MODEN
~ Tidak hairanlah sama ada masih bujang atau sudah berumah tangga , seks bebas dan zina menjadi amalan mereka . Tujuan persetubuhan mereka adalah lebih hina , iaitu memuaskan hawa nafsu semata-mata sedangkan ia tidak akan pernah kenyang .

Jahiliyyah DAHULU
Wanita yang mengandung setelah ditiduri oleh ramai lelaki akan mengumpulkan kembali lelaki-lelaki tersebut dan membuat undian untuk menentukan siapakah yang bakal menjadi ayah dan menjaga bayi yang bakal dilahirkan itu nanti .

Jahiliyyah MODEN
Wanita yang sudah mengandung akan ditinggalkan oleh pasangannya yang tidak bertanggungjawab . Akibat tekanan hidup dan perasaan , bayi tersebut akan digugurkan atau dibuang seperti "sampah"

Jelas lah bahawa Jahiliyyah MODEN adalah lebih ekstrim dan lebih agresif perjalanannya berbanding dengan Jahiliyyah DAHULU (sebelum kedatangan Islam) Kemunculan Islam telah mengangkat darjat wanita daripada menjadi bahan dagangan dan warisan kepada manusia yang mempunyai kebebasan dan harga diri . Namun malangnya , kini wanita tidak lagi menghargai kebebasan itu kerana mereka sekali lagi menjual tubuh mereka secara sukarelanya . Adakah anda semua rela perkara begini berlarutan sehingga ke hari Kiamat kelak ? Adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi hari tersebut ? 

p/s : eyda dpt info semua nie daripada program halaqah dgn akk yg bimbing kami semua . Eyda nak share dgn korg ilmu yg eyda dpt dlm program itu :) Sama-samalah kita manfaatkannya .

Stay Consistent During Ramadhan


Pengajaran drpd video ini ;
Jangan masa bermula sahaja Ramadhan kita rajin pergi masjid , membaca Al-Quran , melakukan amalan2 yg mulia di bulan ini tetapi apabila kita semakin menghampiri hujung Ramadhan kita semakin lalai , lupa dengan tanggungjawab kita . Kita sibuk membuat persiapan raya sehingga mengabaikan amalan yang wajib . Kita terlalu seronok untuk menyambut Hari Raya sehingga kita lupa kematian akan datang pada kita bila-bila masa sahaja . Dan kita tidak tahu jika ini merupakan Ramadhan terakhir kita . Sepatutnya kita kekalkan apa yang telah kita mulakan bukan sahaja sampai Ramadhan terakhir tapi sampai akhir hayat kita . Sampai kematian menjemput kita . 
JANGAN hidup JIKA DUNIAWI YANG DIKEJAR..HIDUPLAH UNTUK BERIBADAH IKHLAS KERANA ALLAH..DAN HIDUPLAH UNTUK MENGHADAPI MATI..

Only In Malaysia


Eyda nak share ngan korg satu video nie , tpi eyda rasa mesti ramainya dh tgk kan . Tkpe eyda nak share juga sbb apa yg cuba disampaikan dlm video nie mmg apa yg berlaku di sekeliling kita . Dan video nie byk part yg lawak tau hehehe :)
p/s : eyda suka part yg free gift tuh hahaha . Pantang dgr free je semua nak kan2 hahaha termasuk lah eyda :P Then part yg org pakai jacket terbalik dan hp kat telinga hahahaha ! Sumpah lawak ! Sbb eyda pon mcm tuh gak tpi dulu lah huhu . Jacket tuh dh tk pakai dh mcm tuh tpi hp suka bt mcm tuh (tk syg hp katakan -__-) Klu ikutkan byk part dlm video nie ada kaitan dgn eyda . Bila tgk video nie mcm tk caya je hahaha .
So agak2 korg mcm nie tk ?? Hah tkmo tipu2 dlm bulan puasa nie :P

Don't Break Your Fast


p/s : Agak2 ada lgi tk manusia mcm dlm video nie ? Puasa nak separuh hari tpi sbb tk tahan terus buka puasa last2 menyesal plak . Jangan2 ! Tak elok dan tk bagus mcm tuh . Alang2 sudah puasa tuh habiskan sahaja sampai waktu berbuka . Klu budak2 lgi blh faham tapi dh besaq panjang still mcm nie , mmg tktau nak ckp lah . 

Stay Out Of Debt , Stay Productive !


RAMADAN mempunyai banyak rahsia tersirat yang perlu dicungkil oleh umat Islam. Dalam melalui bulan penuh keberkatan dan kerahmatan ini, kita perlu insaf pelbagai tujuan Allah mensyariatkan puasa kepada umat Islam. Dalam Ramadan terkandung banyak pengajaran dan iktibar yang boleh kita gunakan bagi melalui hidup ini dengan lebih sempurna. Antara pengajaran itu ialah ingatan supaya kita tidak melakukan pembaziran dan boros dalam kehidupan.
Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu'bah katanya bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi (menyedekahkan) miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegah ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta." (Hadis riwayat al-Bukhari). 
Salah satu perkara yang dinyatakan dalam hadis ini ialah larangan Rasulullah agar umat Baginda menjauhi pembaziran. Pembaziran ialah mengeluarkan wang atau menggunakan barang secara berlebih-lebihan.
Amalan membazir ini amat dilarang Allah hingga orang yang membazir itu disamakan dengan saudara syaitan. 
Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya" (Surah al-Isra', ayat 27). 
Gambaran yang diberikan Allah terhadap orang yang melakukan pembaziran dalam ayat berkenaan amat keras kerana syaitan itu adalah makhluk yang paling ingkar terhadap perintah Allah. Ayat al-Quran dan hadis di atas juga menyatakan bahawa pemborosan dan pembaziran adalah perbuatan keji dan patut ditinggalkan oleh orang yang mengaku diri mereka benar-benar beriman dengan Islam. Dalam keghairahan umat Islam menyambut Ramadan dan kedatangan Syawal nanti, mereka tidak seharusnya lalai dan leka hingga melanggar etika berbelanja seperti ditetapkan oleh Islam, terutama boros dalam perbelanjaan.
Jika berbuka jangan keterlaluan, biarlah bersederhana. Meskipun berbelanja berlebihan adalah hak golongan berada, pada hakikatnya Islam memandang perkara ini sebagai suatu pemborosan melampau yang membawa kepada pembaziran. 
Baginda melarang amalan pembaziran dan tidak pernah melakukan sesuatu perbelanjaan yang melampaui batas. Perkara ini ada dijelaskan dalam hadis yang bermaksud : "Ketika Mu'awiyah berkunjung ke Kufah, maka Abdullah bin Amr bercerita mengenai Rasulullah, katanya Rasulullah tidak pernah melampaui batas dan tidak pernah melakukan perkara keji. "Beliau juga berkata: Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu adalah orang yang paling baik budi pekertinya." (Hadis riwayat al-Bukhari). 
Sikap Rasulullah seperti dijelaskan dalam hadis ini sepatutnya dijadikan ikutan dan teladan oleh semua umat Islam. Dalam pada itu, pemborosan juga berlaku dari aspek ingin menceriakan perasaan anak. Ada segelintir ibu bapa yang melaburkan wang ringgit semata-mata untuk membeli mercun dan bunga api demi menggembirakan anak. Justeru, setiap Muslim perlu sedar bahawa Ramadan yang telah dilalui ini banyak mendidik agar sentiasa berjimat-cermat dalam berbelanja. Berbekalkan didikan sepanjang Ramadan, maka gunakanlah untuk mengharungi kehidupan dalam sebelas bulan yang akan datang. Oleh itu, alangkah baiknya jika kita membanteras amalan pemborosan dan pembaziran yang keji itu dengan menggalakkan amalan kebajikan, seperti bersedekah. Sedikit bantuan atau sumbangan yang dihulurkan kepada golongan yang tidak berada, ada disediakan ganjaran pahala di sisi Allah. Mereka juga akan menghargai pemberian itu dan merasakan kita sentiasa mengingati mereka.

Don't Over Eat At Iftar or In Ramadhan


Berbuka Puasa Secara Sederhana : Firman Allah SWT :“Wahai Bani Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah setiap kali kamu ingin ke tempat ibadat (mengerjakan solat) dan makan minumlah serta janganlah kamu melampau. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.” – Surah al-A’raaf : Ayat 31
Perlu diingatkan bahawa janganlah waktu berbuka puasa dijadikan medan untuk kita melepas geram kerana sehari suntuk tidak menjamah makanan atau minuman. Sewajarnya, ibadah puasa dijadikan medan untuk melatih jiwa seorang muslim yang bertakwa lagi penyabar direalisasikan ketika berbuka puasa dengan memakan makanan pada kadar yang tidak berlebihan. 
Sabda Nabi SAW : “Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberi kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak mustahail (boleh dilakukan), suaplah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.” – Hadis riwayat al-Tirmizi

Do You Wake Up For Salat Al-Fajr ??


Nisbah Dosa Meninggalkan Sembahyang :
1. Ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka (bersamaan 60 000 tahun dunia) 2. Sembahyang Zuhur - Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam. 3. Sembahyang Asar - Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah. 4. Sembahyang Maghrib - Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (bagi lelaki) atau dengan ayahnya (bagi perempuan). 5. Sembahyang Isyak - Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah ini dan digesa agar ia mencari bumi lain.
Kesan Meninggalkan Solat Lima Waktu :
1. Allah S.W.T mengurangkan /menghilangkan rezeki.
2. Di hilangkan tanda orang soleh di mukanya.
3. Mengikut Imam Syafie meninggalkan sembahyang adalah merupakan satu dosa besar sehingga boleh menyebabkan murtad.
4. Perbezaan seseorang itu dengan kekafiran adalah orang yang meninggalkan solat.
5. Amal kebajikan yang di buat oleh orang yang meninggalkan sembahyang tidak diterima oleh Allah S.W.T
6. Mati dalam kehinaan di sisi Allah S.W.T.
7. Mati dalam keadaan yang penuh dengan kelaparan dan kedahagaan yang dasyat.
8. Bila meninggalkan solat seseorang itu terputus hubungan dengan Allah S.W.T dan tiada pegangan dalam islam.
p/s : Walaupun video hanya menunjukkan solat subuh tpi bgi eyda ia merumuskan kpd sembahyang 5 waktu yg wajib kita sebagai umat Islam melakukannya :) 

Kenapa Ibadah Terasa Berat ??


Bila Allah memerintahkan kita untuk makan dan minum , mengapa kita melakukan dengan senang hati ?
Bila Allah memerintahkan untuk berkahwin , mengapa kita bersegera menyambutnya ?
Bila Allah memerintahkan untuk mencari harta dunia , mengapa kita kerjakan dengan bersemangat ?
Kerana kita menganggap bahawa itu adalah suatu keperluan . . .

Ketika Allah memerintahkan kita untuk solat , mengapa kita menunda-nunda ?
Ketika Allah emmerintahkan kita untuk berpuasa , mengapa kita enggan melaksanakannya ?
Ketika Allah memerintahkan kita untuk berbayar zakat , mengapa hati terasa berat ?
Ketika Allah memerintahkan kita untuk berjihad , mengapa kita merasa malas ?
Kerana kita menganggap bahawa itu adalah suatu kewajipan . .. 

Mengapa kita membeza-bezakan ?
Bukankah semua itu sama-sama perintah Allah ?
Atau kerana kita hanya menuruti hawa nafsu kita ?
"Kemudian kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu) , maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui." -
QS AL JATSIYAH : 18

"Apakah engkau tidak perhatikan orang yang telah menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya . Apakah engkau akan mendapat menjadi pelindungnya . Atau apakah engkau mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami ? Mereka itu hanya lah seperti binatang ternak bahkan lebih sesat lagi." - 
QS AL-FURQAN : 43-44

p/s : Andai kita dapat menjadikan ibadah suatu keperluan tentu semua akan terasa ringan . Akan hadir kerinduan untuk selalu melakukan kebaikan .

Iman Asas Segala-galanya


Saya nak sangat jadi macam perempuan-perempuan lain yang bersosial . 
Saya nak sangat pakai lawa-lawa bergaya bila keluar jalan-jalan .
Saya juga teringin pakai shawl , tudung yang jarang .
Saya juga mahu couple macam orang lain .
Saya juga mahu masuk panggung tengok wayang .
Saya nak sangat pakaian saya ikut fesyen ketat , nipis . .
TAPI kerana secebis IMAN di dada membatasi untuk saya melakukan semua itu . .

Bila nak bersosial sikit iman kata jangan , ini hanya kehidupan dunia tidak kekal .
Bila pakai lawa-lawa terlalu over , iman kata pakaian macam ini membuat lelaki tergoda dan pandang hanya kerana nafsu . .
Bila letak shawl atas kepala , iman kata jika terlebih cantik mata semua memandang .
Bila nak couple , iman kata cinta manusia tidak kekal .
Bila nak melangkah kaki nak masuk panggung , iman kata jangan satu hari nanti anak-anak akan ikut langkah kita .
Bila nak pakai pakaian ikut fesyen , tiba-tiba iman berkata kenapa kita nak buat perkara yang dilarang Allah SWT .

Tiba-tiba nafsu bersuara . . . ah . . susahnya nak goyahkan iman perempuan nih . .
Ini lah perempuan yang beriman taat pada perintah-Nya . . .
p/s : Segala sesuatu yang kamu pisahkan daripada kamu pasti ada penggantinya , kecuali Allah . Jika kamu pisahkan Allah daripada hidupmu nescaya tiada pengganti-Nya - Imam Ghazali 

Pertama Kali Mencuba


Hye semua ? Hari nie eyda ada try bt samosa daging tau . Ingat nak try mkn dulu tpi ayah ckp kita try jual kat bazaar tgk . Dari pgi buat inti samosa then rehat kejap , ptg baru bt samosa tuh . Tapi tk byk pon , sikit je sbb first try kan . Klu ikutkan kat kolej dah 2 kali kami bljr bt samosa nie , so eyda balik rumah mggu nie tergerak hati nak mencuba bt samosa nie sendiri . Bila ckp kat mak , mak bgi izin bt hehe so apalagi bermula lah kuih hasil tangan eyda sendiri . Yg nie mmg tkde sapa tlg sbb mak sibuk bt kuih lain so samosa nie 100% eyda bt sendiri . Tapi kan time nak balut samosa tuh , ada salah faham sikit ngan mak sbb mak suruh balut cara ini , eyda plak balut cara yg eyda bljr kat kolej . Last2 eyda bt dua2 cara then tunjuk kat mak hasilnya . Mak mengalah dan suruh eyda ikut cara eyda so eyda praktikkan apa yg eyda bljr kat sana lah hehehe . Tapi eyda ada rujuk gak resipi lain kt internet utk memastikan tk salah bt . And hasilnyaa taraaaaa ^__^


buat sikit , goreng byk plak kan :P
samosa daging
Ptg sikit eyda pergi gerai tgk samosa tggl sikit . Maknanya laku juga lah tpi tktau lah sedap ke tk kan . Harap2 sedap lah kan wp nie first try :)  Lepas nie blh cuba masakan / kuih lain plak . Mak confirm2 bgi lampu hijau :D . Okay utk resipi plak eyda rujuk di sini RESIPI SAMOSA :D 
p/s : Sesiapa yg ingin mencuba tuh selamat mencuba , dan sesiapa yg pernah buat tuh nanti blh lah share2 ngan eyda jadi ke tk :)