بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”"Ya Allah, di KETIKA aku lakukan kesalahan kepada orang lain, anugerahkanlah KEKUATAN untuk meminta kemaafan, manakala di waktu orang melakukan kesalahan kepadaku, anugerahkanku KEKUATAN memberi kemaafan"

♥ Entry Terkini ♥

Antara Dulu dan Kini


Jahiliyyah DAHULU
~ Wanita-wanita yang rela dirinya ditiduri lelaki akan menggantungkan satu bendera putih di hadapan rumahnya yang membawa maksud , mana-mana lelaki yang ingin melakukan seks bebas , maka mereka diizinkan untuk memasuki mana-mana rumah yang terdapat bendera putih , pada bila-bila masa yang disukainya ...

Jahiliyyah MODEN 
~ Usahkan rumah , kini bilik hotel , kelab malam , malah pusat pelacuran berdaftar sudah banyak dibuka untuk tujuan menjual tubuh wanita di samping mendapat keuntungan HARAM

Jahiliyyah DAHULU
~ Seorang suami yang mandul atau memiliki anak benih yang lemah , tetapi menginginkan seorang zuriat yang sihat akan merelakan lelaki lain yang lebih sihat anak benihnya untuk meniduri isterinya .

Jahiliyyah MODEN
~ Tidak hairanlah sama ada masih bujang atau sudah berumah tangga , seks bebas dan zina menjadi amalan mereka . Tujuan persetubuhan mereka adalah lebih hina , iaitu memuaskan hawa nafsu semata-mata sedangkan ia tidak akan pernah kenyang .

Jahiliyyah DAHULU
Wanita yang mengandung setelah ditiduri oleh ramai lelaki akan mengumpulkan kembali lelaki-lelaki tersebut dan membuat undian untuk menentukan siapakah yang bakal menjadi ayah dan menjaga bayi yang bakal dilahirkan itu nanti .

Jahiliyyah MODEN
Wanita yang sudah mengandung akan ditinggalkan oleh pasangannya yang tidak bertanggungjawab . Akibat tekanan hidup dan perasaan , bayi tersebut akan digugurkan atau dibuang seperti "sampah"

Jelas lah bahawa Jahiliyyah MODEN adalah lebih ekstrim dan lebih agresif perjalanannya berbanding dengan Jahiliyyah DAHULU (sebelum kedatangan Islam) Kemunculan Islam telah mengangkat darjat wanita daripada menjadi bahan dagangan dan warisan kepada manusia yang mempunyai kebebasan dan harga diri . Namun malangnya , kini wanita tidak lagi menghargai kebebasan itu kerana mereka sekali lagi menjual tubuh mereka secara sukarelanya . Adakah anda semua rela perkara begini berlarutan sehingga ke hari Kiamat kelak ? Adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi hari tersebut ? 

p/s : eyda dpt info semua nie daripada program halaqah dgn akk yg bimbing kami semua . Eyda nak share dgn korg ilmu yg eyda dpt dlm program itu :) Sama-samalah kita manfaatkannya .

No comments: