

Bila Allah memerintahkan kita untuk makan dan minum , mengapa kita melakukan dengan senang hati ? Bila Allah memerintahkan untuk berkahwin , mengapa kita bersegera menyambutnya ? Bila Allah memerintahkan untuk mencari harta dunia , mengapa kita kerjakan dengan bersemangat ? Kerana kita menganggap bahawa itu adalah suatu keperluan . . .
Ketika Allah memerintahkan kita untuk solat , mengapa kita menunda-nunda ? Ketika Allah emmerintahkan kita untuk berpuasa , mengapa kita enggan melaksanakannya ? Ketika Allah memerintahkan kita untuk berbayar zakat , mengapa hati terasa berat ? Ketika Allah memerintahkan kita untuk berjihad , mengapa kita merasa malas ? Kerana kita menganggap bahawa itu adalah suatu kewajipan . ..
Mengapa kita membeza-bezakan ? Bukankah semua itu sama-sama perintah Allah ? Atau kerana kita hanya menuruti hawa nafsu kita ?
No comments:
Post a Comment