بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”"Ya Allah, di KETIKA aku lakukan kesalahan kepada orang lain, anugerahkanlah KEKUATAN untuk meminta kemaafan, manakala di waktu orang melakukan kesalahan kepadaku, anugerahkanku KEKUATAN memberi kemaafan"

♥ Entry Terkini ♥

Permohonan Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2013


Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional 2013

Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 dan berminat menyambung pembelajaran di tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2013 bolehlah membuat permohonan sekarang.

Aliran

Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional Kementerian Pelajaran menyediakan 4 aliran utama ;

  1. Pendidikan Teknikal
  2. Pendidikan Vokasional
  3. Latihan Kemahiran
  4. Pendidikan Asas Vokasional


Pendidikan Teknikal

Bidang teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atau Tingkatan 6.

Aliran teknikal menyediakan 5 kumpulan pakej kursus iaitu ;

  1. Kejuruteraan Mekanikal
  2. Kejuruteraan Awam
  3. Kejuruteraan Elektrik
  4. Perdagangan
  5. Sains Pertanian.
  6. Pendidikan Vokasional

Pendidikan vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.

Pendidikan vokasional menyediakan 7 kumpulan kursus iaitu;

  1. Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  2. Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
  3. Teknologi Kejuruteraan Awam
  4. Hospitaliti
  5. Perniagaan
  6. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  7. Pertanian
Latihan Kemahiran

Latihan kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.

Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.

Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada murid aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan murid mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti murid. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang murid mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.

Latihan kemahiran menyediakan 18 pakej kursus iaitu;
  1. Pemesin Am
  2. Jurukimpal / Juruteknik Kimpalan
  3. Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal
  4. Juruteknik Automotif
  5. Mekanik Kenderaan Motor / Mekanik Automotif
  6. Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
  7. Furniture Maker
  8. Jurubina Bangunan
  9. Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu
  10. Jurupaip
  11. Juruteknik Elektrik
  12. Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan
  13. Demi Chef
  14. Pembuat dan Mereka Pakaian Wanita
  15. Pendandan Rambut
  16. Jurukecantikan
  17. Juruteknik Akuakultur
  18. Pekerja Ladang Pertanian
Pendidikan Asas Vokasional

Kursus Rintis Program Pendidikan Asas Vokasional pula dijalankan di 15 buah Sekolah Menengah Kebangsaan dan menawarkan 11 kursus.

Kursus yang ditawarkan adalah Pakaian dan Jahitan, Menservis Motosikal, Membuat Perabot, Automotif, Tanaman, Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Penyediaan dan Penyajian Makanan, Akuakultur, Pendawaian Elektrik, Hiasan Dalaman, Visual dan Animasi
Senarai Kolej, Sekolah & Kursus

Sila rujuk Unjuran Kolej, Sekolah & Kursus untuk menyemak kursus yang ditawarkan di setiap Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik.

Syarat Umum
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon hendaklah:
  • Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.
  • Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.
  • Kesihatan diri pemohon:
  • Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
  • Bebas dari penyakit seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
  • Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.
Syarat Khusus
  • Pendidikan Teknikal – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Pendidikan Vokasional
  • Kategori A – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Kategori B – Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Kategori C – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Latihan Kemahiran – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup.

Maklumat lebih terperinci sila rujuk Syarat Khusus SMT & KV

Permohonan

  • Permohonan ke SMT dan KV boleh dibuat dengan dua cara:

  1. Secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran di Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional 2013 .
  2. Secara manual dengan datang sendiri ke SMT atau KV yang berdekatan. Borang permohonan boleh diperolehi di situ.
  • Kemudahan asrama disediakan di hampir semua SMT dan KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad. Walaupun begitu kemudahan asrama tertakluk kepada had yang ditetapkan bagi setiap sekolah.
Permohonan Atas Talian SMT & KV 2013
Temuduga
  • Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga di SMT dan KV yang berkenaan.
  • Pemohon diminta hadir temuduga dengan berpakaian lengkap sekolah. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, keputusan peperiksaan percubaan PMR 2012 yang telah disahkan oleh pihak sekolah pemohon dan sijil-sijil berkaitan.
Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2013 adalah pada 30 Disember 2012.

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan sebelum sesi persekolahan 2013 bermula.

Rayuan Kemasukan

Bagi permohonan yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan melalui online atau datang sendiri ke Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik yang berkenaan.

Pertanyaan & Maklumat

Sila kunjungi laman web Permohonan Atas Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional 2013 dan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional KPM untuk maklumat lanjut.
Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan Ke SMT / SMV / KV 2010, 2011 dan 2012 sebagai panduan.
Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5031 atau e-mel info@bptv.edu.my

Ujian Kanser Serviks : Pap Smear

Apakah itu ujian Pap Smear?

    -   merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
    -   Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
    -   Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel   
        serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
    -   Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE 
        PAPANICOLAOU.
    -   Ia adalah satu prosedur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal 
        untuk kajian.
    -   Tidak perlu ubat atau bius.
    -   Mengambil masa beberapa minit sahaja.

Adakah ujian itu menyakitkan?

    -   Tidak menyakitkan.
    -   Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan 
        tarik nafas panjang.

Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?

       Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.

Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?
       Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.

Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?


    -  Tanggalkan seluar dalam.
    -   Berbaring di atas katil.
    -   Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan  spekulum  ke dalam vagina 
        dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
    -   Sejenis kayu  'wooden spatula' dan berus yang kecil  'cytobrush'  dimasukkan ke dalam pangkal 
        rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
    -   Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana 
        laporan akan dibuat.
    -   Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?

    -   Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
    -   Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
    -   Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?

    -   Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks  24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia 
        menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
    -   Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau 
        penggunaan jelly 'lubricant'  2 hari sebelum ujian dijalankan.
    -   Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti 
        sampel.

Bilakah saya mendapat keputusannya?

    -   Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan 
        keputusan.
    -   Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.

Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?
    -   Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda 
        digalakkan untuk menjalani ujian ini  setiap tahun selama 2 tahun.
    -   Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap  3 tahun sekali.

Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?

    -   Di semua klinik dan hospital kerajaan
    -   Di klinik/hospital swasta
    -   Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
    -   Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)

Apakah makna keputusan tersebut?

    -   Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
    -   Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan 
        selanjutnya.
    -   Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
    -   Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
    -   Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - 
        bukan menunjukkan kanser)
    -   Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku 
        kanser).

Apa yang patut dilakukan seterusnya :

    -   Rawatan susulan
    -   Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
    -   Jalani pemeriksaan kolposkopi

Apakah itu kolposkopi?

    -   Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
    -   Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
    -   Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
    -   Kurang menyakitkan.
    -   Sesetengah orang merasa tidak selesa.
    -   Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
    -   Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk 
        memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?

    -   Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
    -   Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
    -   Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

Rujukan

    -   Ministry of Health, 2002. National Cancer Registry Report
    -   Ministry of Health, 2002. Annual Report
    -   Ministry of Health, 2003. Clinical Practice Guidelines - Management of Cervical Cancer


Jangkitan Human Papilloma Virus (HPV)

Apakah Human Papilloma Virus (HPV) ?


HPV Adalah sejenis virus DNA yang menjangkiti lapisan dalam kulit dan selaput mukosa (mucous membranes). Terdapat lebih dari 100 jenis HPV, walaubagaimanapun, sebanyak 13 jenis daripadanya dikenali sebagai HPV berisiko tinggi, yang berkait rapat dengan kejadian kanser serviks, vagina, anogenital, penis, vulva dan leher.
HPV adalah penyebab utama kanser servik. Kanser ini terjadi di bahagian pangkal rahim (servik). Kanser ketiga paling kerap dikesan di kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Di anggarkan 1,500 wanita Negara ini disahkan mendapat kanser servik setiap tahun. Kanser servik menyumbang 6% dari jumlah kematian akibat kanser di kalangan wanita. Setiap wanita berisiko dijangkiti HPV selepas berkahwin.

Bagaimana HPV boleh menjangkiti seseorang?

Virus HPV boleh berjangkit terutamanya melalui hubungan seksual dan sentuhan antara kulit di kawasan genital. Seseorang itu berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HPV sekiranya:-
Hubungan seksual bermula di awal remaja
Mempunyai pasangan seks yang ramai
Pernah dijangkiti penyakit-penyakit kelamin

Apakah Penyakit yang disebabkan oleh jangkitan HPV?

Jangkitan virus ini boleh menyebabkan ketuat pada kawasan anogenital, kanser serviks, vulva, vagina, anus dan penis. Ini bergantung kepada jenis HPV yang menjangkiti individu tersebut.
Jangkitan HPV jenis 16 dan 18 adalah penyebab kepada 70 peratus dari kejadian kanser serviks. Manakala ketuat anogenital dikaitkan kepada jangkitan HPV jenis 6 dan 11.

Bagaimanakah proses jangkitan HPV berlaku?

Jangkitan HPV sangat biasa berlaku di kalangan wanita yang melakukan hubungan seks. Dianggarkan 7 dari 10 wanita pernah dijangkiti virus HPV sekurang-kurangnya sekali dalam jangka hayatnya. Secara umumnya, jangkitan HPV berlaku tanpa disedari. Ia tidak menunjukkan sebarang simptom atau gejala klinikal dan akan sembuh dalam tempoh 9 hingga 12 bulan. Walaubagaimanapun dianggarkan 20 peratus dari mereka yang dijangkiti akan mendapat jangkitan kronik HPV yang berlarutan ,melebihi tempoh 18 bulan. Mereka akan mengalami perubahan prakanser pada serviks iaitu CIN (Cervical Intraepithelial Neoplasia) dan seterusnya berubah menjadi kanser jika tidak dikesan dan dirawat awal. Tempoh perubahan dari jangkitan sehingga menjadi prakanser ialah melebihi 5 tahun dan dari prakanser kepada kanser serviks ialah melebihi 10 tahun.

Sehingga kini, masih tiada rawatan antiviral untuk jangkitan HPV. Walaubagaimanapun, terdapat rawatan bagi keadaan yang disebabkan oleh HPV. Contoh : Perubahan prakanser pada serviks dirawat dengan cryotherapy atau Loop Electrosurgical Excision Procedure (LEEP).
Rujuk diagram di bawah untuk penerangan kejadian ini.


Bagaimana jangkitan HPV boleh menyebabkan kanser?

HPV boleh menyebabkan terjadinya perubahan pada sel epithelium yang telah dijangkiti. DNA (deoxyribonucleic acid) HPV bersatu dengan DNA hos dalam sel epithelium semasa jangkitan. Proses ini boleh merubah sel-sel tersebut dan seterusnya meransang pembentukan kanser (Woodman et. al.,2007). Kejadian sebenar proses ini dan peranan faktor-faktor penyumbang lain masih belum difahami sepenuhnya. Rujuk diagram di bawah untuk penerangan kejadian prakanser yang akan membawa kejadian terjadinya kanser.


 Apakah faktor sampingan (co-factors) yang menyebabkan jangkitan HPV membawa kepada terjadinya kanser serviks?

Faktor sampingan yang menyumbang kepada terjadinya kanser serviks selepas jangkitan HPV berlaku ialah merokok, kerap mengandung, jangkitan HIV akibat sistem imuniti yang rendah dan jangkitan kelamin yang lain ( WHO IARC,2007; Vaccarela et.al.,2008)

Bolehkah jangkitan HPV dicegah?

Cara paling berkesan untuk mencegah jangkitan HPV adalah secara menghindari dari segala jenis hubungan genital dengan individu lain. Bagi yang memilih untuk "sexually active", hubungan monogamous adalah strategi terbaik untuk mencegah jangkitan HPV.
Penemuan vaksin bagi perlindungan terhadap jangkitan HPV merupakan pendekatan baru dalam aspek pencegahan dan pengawalan kanser servik. Pada tahun 2005, laporan bahawa 99 peratus kanser servik berkait rapat dengan jangkitan HPV telah membawa kepada penemuan vaksin profilaksis HPV yang boleh memberi perlindungan dari jangkitan HPV dan mencegah kanser servik. Bermula tahun 2006, WHO telah meluluskan pengeluaran vaksin HPV yang pertama, diikuti dengan kelulusan pemasaran vaksin kedua pada tahun 2008.

Sehingga kini, 2 vaksin dipasarkan iaitu vaksin Cervarix® dan Gardasi® akan membantu melindungi seseorang dari jangkitan HPV jenis 16 dan 18, iaitu yang paling kerap (70%) menyebabkan kanser serviks (Munoz et.al.,2004). Gardasi® juga dapat melindungi dari jangkitan HPV jenis 6 dan 11 yang menyebabkan 90 peratus kejadian ketuat genital (Schiffman et.at.,2007) KLIK SINI


Dugaan - Kawan Lagi ):

Dugaan . . Dugaan . . Syukur Ya Allah hati ini masih kuat untuk segala dugaan yg Engkau berikan . Kadang2 eyda tk pernah berhenti berfikir kenapa eyda baik sgt nak tolong org sampai org pijak kepala eyda . Hari ini apa yg berlaku kat eyda mmg eyda sgt terasa . Kwn satu kelas blh buat mcm nie . 
Cerita dy mcm nie . Eyda pegang jawatan sebagai bendahari bagi kelan mandarin uitmpp , dan setiausaha dy kwn eyda a.k.a kwn satu kelas eyda . 24/9 tarikh akhir hantar borang aktiviti untuk sem depan .
Jumaat lepas eyda , mantan presiden dan juga s/u ada buat perjumpaan kecil-kecilan untuk mantan ajar kami borang2 aktiviti . Eyda dan s/u baru pegang jawatan sem ini so kami mmg tktau apa2 tpi sbb ada pergi kursus KPO * http://eyda-nur.blogspot.com/2012/09/kem-kpo-di-perlis.html *
So kami tahu2 sikit2 sahaja pasai borang tuh . Kerja nie semua mmg jatuh kat tangan setiausaha je bkn bendahari . Kerja eyda more to bab kewangan , duit keluar masuk semua . Tapi after jumpa mantan , jumaat mlm tuh eyda ckp kat s/u eyda akan tolong dy siapkan semua borang2 aktiviti . Esok tuh sabtu pagi eyda bagi pendrive s/u kena print borang dan pergi cari tandatangan dan cop pengesahan pihak berkenaan . Eyda harap sgt dy blh buat kerja tuh sbb eyda dh berkorban semuanya untuk buat borang ini . Drpd balik Taiping pagi , eyda balik ptg . Eyda percaya dy blh buat kerja mudah mcm tuh . Tapi semalam(ahad mlm) mantan presiden msj eyda tnye kenapa s/u hantar borang kosong , tkde tandatangan dan cop pihak berkenaan . Tandatangan s/u sendiri pon tkde as a ketua projek utk salah satu aktiviti .
Dpt msj mcm tuh terus eyda jadi serabut stress sampai sakit kepala .
 Kenapa lah kerja senang mcm tuh pon tk boleh settle ? Apa guna pegang jawatan , jadi setiausaha tpi kerja dy semua org buat . Sampai bila nak mcm tuh ? Lepas msj semua ngan kak ana , eyda cuba call s/u tpi tk dpt malah amsuk mailbox . Eyda try call mpp utk mintak cop semua okay yg tuh dh settle . Dan jalan penyelesaian lagi eyda kena balik kolej siapkan borang aktiviti semua . Mak ayah eyda marah sbb ingat byk duit sgt ke nak ulang alik Kamunting>>UiTM Penang>>Kamunting sehari hanya untuk borang aktiviti yg tidak lengkap tu . Tapi nasib baik ada kwn eyda offer diri nak hantar eyda pergi balik semua so save sikit duit . Bertolak dari rumah pkul 9pgi tpi sampai kolej pkul 11pgi . Sepatutnya sampai awal tpi sesat hahaa , termasuk jalan nak pergi GeorgeTown . Mmg terbaikk lah kan blh terlepas sampai island hahaha . Selalu pergi naik bas , nie naik motor mmg padan lah ngan muka kan . Habis sesat semua . Nasib baik sesat ke island je -,-
Sampai kampus terus pergi jumpa kak ana , mintak borang lepas tuh pergi jumpa s/u . Nak tau apa alasan dy tk buat semua kerja tuh . First eyda tnye " i** dpt tk msj eyda ?" . S/u jwb "bateri hp habis , I** tkde charger nak cas" . Eyda tnye lagi " kenapa htr borang kosong kat kak ana dan tkde tandatangan/cop pihak berkenaan?" S/u jwb " alaa , I** tkde kredit . "
Jawapan pertama dy bgi sgt tk munasabah . Charger blh tnye sapa2 yg pakai charger ala2 dy nak tuh tpi tk . Sbb tuh jawapan dy ringkas mcm tuh . 
Jawapan kedua sgt -,- . Klu dy ckp dy tkde duit , eyda lgi tkde duit . Tpi eyda usaha utk cari duit . Eyda tkde duit tkde kredit , hp buat hal tpi eyda still blh cuba utk cari pihak yg berkaitan utk mintak tandatangan dan cop mereka . Kenapa s/u tkleh buat perkara yg sama ? Kerja main lepas tangan mcm tuh je . Eyda  nnie sampai susah payah buat borang tuh , sanggup turun penang sehari semata-mata untuk siapkan borang aktiviti tpi setiausaha ??
Bila kita terlalu baik dgn orang jadi mcm nie lah . Org pijak2 kepala kita . Kita tlg dy dh besaq hormat tpi dy ? Tkde lngsg ke perasaan bersalah dlm diri dy ? Ke eyda yg salah sbb terlalu baik , terlalu bagi peluang  kpd org untuk ambik kesempatan atas kebaikan eyda ?? Salah eyda ke ?? Eyda sayang semua org , eyda cuba tlg semampu yg mungkin , itu pon org tkleh nampak . Sedih sangat sbb benda mcm nie selalu jadi . Kadang2 rasa mcm diri ini dipergunakan , dipermainkan tpi eyda tk pernah serik utk tolong org selagi eyda masih kuat utk hadapi semua dugaan yg Allah SWT berikan . 

Semoga eyda sentiasa kuat , kuat dan kuar menghadapi segala dugaan yang Allah berikan . Allah itu Maha Adil :')

Apa Itu Kanser Serviks ??



Apakah itu kanser servik?

                            
  • Kanser pangkal rahim.
  • Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.
  • Penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.
Ia boleh terbahagi kepada :
  • Peringkat awal
           ~ Berlaku di sekitar servik
  • Peringkat lewat
           ~ Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant'
              seperti paru-paru melalui sistem aliran darah
  • Merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.
  • Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
  • Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
  • 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
  • 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.

Apakah penyebab kanser pangkal rahim?

Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini.
Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:

  • Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
  • Mempunyai pasangan seks berbilang
  • Mengandung lebih dari 5
  • Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
  • Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
  • Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
  • Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.
Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor berikut berperanan menyebabkan kanser servik.

Adakah anda mengetahui tanda dan gejala kanser pangkal rahim?
Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu daripada gejala berikut:

  • Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
  • Perdarahan yang banyak
  • Perdarahan yang berpanjangan
  • Perdarahan di antara haid
  • Sakit
  • Kehadiran darah beku
  • Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
  • Sakit semasa hubungan seksual
  • Perdarahan dari vagina selepas putus haid
  • Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
  • Berbau
  • Bercampur darah
Bolehkah kanser pangkal rahim dikesan?

Ya, boleh.
Kanser servik mengambil masa yang lama untuk terjadi - lebih kurang 10 - 15 tahun.

  • Ia memakan masa berbulan atau bertahun untuk seseorang itu diserang kanser.
  • Serangan kanser biasanya berlaku dikalangan wanita yang berumur diantara 40 - 60 tahun.
  • Sebelum sel kanser servik dikesan, tisu-tisu di servik mula berubah dimana sel-sel luarbiasa mula dikesan (dikenali sebagai 'dysplasia')
  • Sel-sel luarbiasa ini boleh dikesan melalui ujian pap smear
Apakah ujian yang mengesahkannya?

Sekiranya keputusan ujian pap smear anda positif, doktor akan meneruskan dengan kaedah colposcopy.
Sekiranya keputusan ini menunjukkan adanya "invasif" kanser, ujian seterusnya akan dijalankan :

  • Full blood count
  • Liver function test
  • Renal profile
Nota : Buat masa ini tiada ujian darah 'Tumor Markers' untuk mengesan kanser servik.

Apakah rawatan yang disediakan?

Doktor akan memberi kaunseling kepada anda mengenai rawatan pilihan yang bersesuaian.
Biasanya, terdapat 3 jenis rawatan :

  • Pembedahan
  • Radioterapi
  • Kemoterapi
Keputusan rawatan bergantung kepada jenis sel kanser yang dikesan.

Bagaimana untuk mencegah kanser pangkal rahim?

  • Mencegah lebih baik dari merawat.
  • Amalkan cara hidup yang sihat.
  • Setia pada pasangan anda.
  • Lakukan pap smear setiap 3 tahun.
  • Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian pap smear, jika masih belum dilakukan lagi

Kem K.P.O di Perlis

awww malu lah kitaa :P hehehe
Maaf lama tk update blog . Entry yg sblm nie pon auto-publish je . Harap tk lambat eyda nak wish Selamat Menyambut Kemerdekaan yg ke-55 . Alhamdulillah sudah 55 tahun Negara kita merdeka . Semoga Negara kita semakin maju , aman sentiasa .
Eyda sambut merdeka kat kolej je sbb eyda terlibat dgn kem KPO esoknya . Tk blh balik rumah lngsg , mmg homesick sgt . Wp bru semggu lebih tpi rasa mcm lama tk balik rumah je :’( Konon sambut kat kolej ada bunga api tpi hampehh . Tpi okay lah sambutan merdeka yg depa(students)  buat nie *okay lah
31/8 – 2/9/2012 eyda kena pergi kem KPO . Agak last minute juga lah tahu kem nie sbb sblm cuti raya kata nak buat time cuti sem tpi last2 bt mggu tuh . Taklimat sblm pergi kem pon mlm khamis tuh . Actually kem ini melibatkan peserta yg mewakili kela dan persatuan masing2 di uitmcpp . Eyda mewakili kelab mandarin dan da lgi 2 org wakil kelab eyda pergi sekali ngan eyda . 64 kelab dan persatuan yg ada di uitmcpp nie hantar wakil 3 org pergi kem ini . Yg pergi kem nie pon yg ada jawatan mcm Presiden , naib presiden , setiausaha dan bendahari . Sepatutnya kem nie buat kat Langkawi tpi mungkin disebabkan masalah kewangan so tukar Tasoh Lake and Retreat , Perlis . Sesiapa yg tk pernah pergi tmpt tuh mcm eyda maybe agak excited haha *sikit je
Bkn senang nak kuar dri uitm nie pergi tmpt jauh mcm tuh . Lebih2 lagi free , hanya bawak pakaian , badan , siapkan mental dan fizikal je . Mcm biasa pagi2 kena kumpul kat depo bas seawal 7 pagi tpi bertolak pkul 9 pgi . Sampai sana tk ingat plak pkul brapa . Taklimat ringkas pastu kaum adam pergi solat jumaat , kaum hawa kena tggu lah huhu . Aktiviti yg urus setia buat mmg best siap ada explorance lgi tpi eyda demam :’( Batuk teruk , selsema teruk , mmg semua teruk lah . Hari kedua okay sikit sbb tk thn sgt mintk panadol kat pihak urus setia , mkn 2 biji okay dh esoknya . Eh lupa plak nak cite yg kat sana mereka dh bahagikan kumpulan masing2 dan eyda dlm kumpulan Karas(nama kumpulan) . Dlm kumpulan mmg campur2 dgn kelab yg lain , nasib baik lah eyda ada geng ngan budak mandarin so tk lah kekok sgt . First dudul dlm group semua pakat kekok , yelah tk kenal kan , Masa ice breaking pon mcm okay tk okay je . Hari kedua dlm tentatif program adalah explorance so start dari situ baru kami semua mcm dlm satu team ! Melawak , gelak2 , bgi sokongan mmg satu kumpulan . Tambah pula dgn perangai kaum adam dlm team kami yg sporting2 , baik , lawak mmg masuk lah kan . Tkde sifat arrogant , riak or selfish di situ . After explorance plak kami kena masak sendiri utk makan tgh hari dgn barang yg kami dpt time explorance . Beras m telur , sardin , ikan bilis , bwang , minyak – tuh lah brg yg kami dpt . Seronok tau masak ramai2 dlm satu team mcm tuh . Mkn pon sama2  *bygkan tgh dok taip nie sambil senyum sorg2 
Pagi sampai ke ptg penat dgn explorance , mlm plak jamuan raya KPO  :D
Semua cantik2 belaka kat jamuan tuh :) Enjoy lah kan .
Sepanjang program ini berjalan , byk pengetahuan baru eyda dpt . Mcm mana nak isi borang nak buat aktiviti , boring bajet kewangan dan mcm2 lah . Demam2 pon tkpe janji apa yg eyda dpt dlm program ini sgt berguna utk eyda . yg tk bestnya sbb 3 hari 2 mlm je kem nie . Ramai yg nak buat 4 hari tpi masalah masa so 3 hari pon dh ckup okay lah *okay lah
Nak taip panjang2 pon idea tk byk so utk tatapan semua eyda dh sediakan gmbr sepanjang program tersebut . 

kad nama saya :)
tentatif program *sorry tk clear sgt
Kumpulan KARAS :D
Kaum Adam sedang memasak nasi :P
Kopek ikan bilis elok2 nahh :P
Tak sabaq nak mkn dh :p
Me and ika *wakil kelab Mandarin tpi tk sama team
me dgn sainuddin *bapak kita
me dgn Ammar *he's so cute :)
plg lawak dy nie Hafizuddin :)
Ammar , abg syahidd dan bapak 
kan dh kata depa nie lawak orgnya hahaha
Okay nie ketua kumpulan kami 
abg syahidd *fasilitator utk kumpulan KARAS :)
Abg syahidd :)
makan semua :)
satu bilik , satu kumpulan *
#sebenarnya byk lagi gbr tpi klu nk tgk korg kena usha album gbr kat fb eyda lah eyda . Korg subscribes je fb eyda tuh . Klu rajin follow lah twitter eyda sekali . Sure ! Will follow back :D <3

Jom Join Says.com ! Boleh Menjana Pendapatan


Apa kelebihan Says ?

Says ni memang banyak jugak kelebihan tersendirinya . Dan kelebihan inilah yang membuatkan ramai pengguna says terus setia dengan komuniti ini . Apa ye kelebihan tu ?


1.  Pendapatan yang diupdate setiap jam .

A'ah . Pendapatan akan diupdate setiap jam . Tapi , rasanya kali ni diorang dah upgrade kot . Sebab Lyssa try promote tadi , tak sampai sejam diorang tunjukkan dah berapa earning yang kita dapat dan jumlah klik per unique kat kempen-kempen yang kita promote kan . Best kan ? Biasanya Says akan memberi RM 0.20 - RM 0.40 setiap klik bergantung kepada nilai iklan tersebut .


2. Bayaran/Payment melalui Online Banking

Apabila korang dah cukup jumlah minimum yang ditetapkan iaitu RM 50 , korang boleh cashout earning korang tu . Pihak Says akan memproses wang korang and akan dikreditkan masuk ke account bank korang . Bagi budak-budak bawah umur pun boleh join kalau nak , tapi mesti minta izin ibu bapa terlebih dahulu lah sebab ianya memerlukan no akaun bank . Tau ? Tau ?


3. Cara untuk iklan ?

Mudah saja . Korang perlu sebarkan iklan-iklan dari says dengan menggunakan Facebook , Twitter atau postkan iklan berkaitan says di blog . Senang kan ? Tak tahu macam mana nak dapatkan link iklan ? Tak pe . Sekarang ni , korang daftar dulu ..




Pastu akan keluar macam GIVEAWAY kan ? Korang tick 10 hadiah yang korang nak dulu . Lepas tu , bawah sekali ada Create A New Account ! Then masukkan email and password facebook korang . Tekan ADD TO FACEBOOK .

Lepas tu , korang scroll bawah sekali dan tekan View More Social Recommendations !


Dah ? Ok . Buat masa sekarang , akan keluar macam ni kan :


Klik untuk nampak lebih jelas 


 Yang Lyssa bulatkan warna merah tu lah yang patut korang kempen kan . Klik ke mana-mana yang korang rasa nak kempenkan , then akan keluar macam link ini :


GENERATE MY UNIQUE URL  <<----  (Klik kat bahagian ini)  dan akan keluar link korang.

http://adimsarun.says.com/recommendations/celcom-syawal


Kemudian , link tersebut , korang copy dan promote kan di facebook , twitter , dan blog .
Guna lah ayat power-power untuk tarik orang supaya KLIK link tersebut . alahai . Serius sama je macamChurp-Churp !


Nanti ada yang tanya , macam mana nak tahu duit kita dah masuk ? Korang boleh tengok bahagian niyang ada warna hijau tuu :P

 


Ok . kat atas ni maknanya , Eyda dah dapat lah RM10.00 tuu sebab dah 50 orang klik . Haa . Walaupun RM10.00 je kalau kita kumpul-kumpul mahu tak jadi RM1000 . Boleh lah ! Tak mustahil pun . 


Kalau dah cukup RM 50.00 , macam mana nak cash out ? Kat bahagian atas kanan ada gamba DP facebookkita kan ? Tekan situ dan Tekan Reward History . Kat situ ada tempat untuk kita tekan CASH OUT ! Lepas CASH OUT , diorang akan suruh kita isikan nama , nombor akaun semualah . Haaa . Macam tu lah . Tak sampai sebulan nanti korang akan dapatlah duit korang tu . hehe . 


Senang je kan ? Apa tunggu lagi ? JOM JOIN SEKARANG !!

Tutorial : Daftar @ Buat Account Untuk Heartbeat


Salam Semua~

Seperti yang korang tahu , 
sekarang ni kan , ramai yang daftar Heartbeat untuk mendapatkan sumber kewangan sendiri ;)

Ramai masing2 promote untuk join HB kan ?
Oke , pada sape2 yang tak tahu and belum lagi daftar untuk Acc HB , 
meh sini , Eyda nak ajar korang , macam mana nak Daftar :)

1. Firstly , korang Klik Banner di Bawah ini :


 


 2. Then , korang ikut step picture kat bawah ni : (KLIK PIC UTK LEBIH JELAS)

*Klik Icon Heartbeat

*Klik Create Account

*Lepas Klik "Create Account" , korang perlu isi maklumat yang diperlukan..
Setelah selesai mengisi nya , jangan lupa untuk tick " I agree....."
Dan terus klik Continue

*Klik Join HB!Affiliate

*Scroll ke bawah dan cari "Online Application" seperti yang Eyda tunjuk kan anak panah tuh,
kemudian , Klik dia.

 *Selepas korang klik tadi , satu borang untuk isi maklumat akan keluar.
Then , selepas sudah isi , jgn lupa pula utk nyatakan korang nak pembayaran tuh , melalui apa..
Lpas tu , TICK I agree .. Dan tekan Continue

*Seterusnya , korang bolehlah tekan MY HB!Affiliate

 *Klik Get Code

*Dan akhir sekali , korang pilih lah yang mana korang rasa banner yang korang nak guna,
Kalau macam eyda , Eyda guna "Square" and jgn lupa pulak , Copy Code Banner tuh:)

Now , Eyda nak ajarkan cara untuk :
PASANGKAN MASUK KE DLM BLOG

1. Log in > Dashboard > Design > Add Gadget > Html/JavaScript

2. Paste korang punya Code Heartbeat tadi , di ruangan Html/JavaScipt tuh.

3. Kalau nak lebih mudah , letak di bahagian Sidebar korang .

4. Da siap . Save :) And Lihat hasilnya !:)


 hehehehe  . Mudah je kan ? so , sekarang macam mana ? 
Jangan lepaskan peluang ini ok ?:)
Cepat2 korang daftar taw ? Best ohh !:) 
Dengan tak perlu keluarkan duit , 
FREE2 je korang dapat income en ?
huhuhuh !

*And ini penting ! Korang rajin2 lah Click Banner Eyda Lyssa tuh ye ;)
Lepas korang click , bgtaw Eyda kat Shoutbox .
Automatik , Eyda akan pgy Click korang punya jgk ! :)
hihik3!:)

=SELAMAT MENCUBA=

p/s : again tuto from Kak Lyssa and eyda just copy sahaja . Credit all to Kak Lyssa