بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”"Ya Allah, di KETIKA aku lakukan kesalahan kepada orang lain, anugerahkanlah KEKUATAN untuk meminta kemaafan, manakala di waktu orang melakukan kesalahan kepadaku, anugerahkanku KEKUATAN memberi kemaafan"

♥ Entry Terkini ♥

Jangkitan Human Papilloma Virus (HPV)

Apakah Human Papilloma Virus (HPV) ?


HPV Adalah sejenis virus DNA yang menjangkiti lapisan dalam kulit dan selaput mukosa (mucous membranes). Terdapat lebih dari 100 jenis HPV, walaubagaimanapun, sebanyak 13 jenis daripadanya dikenali sebagai HPV berisiko tinggi, yang berkait rapat dengan kejadian kanser serviks, vagina, anogenital, penis, vulva dan leher.
HPV adalah penyebab utama kanser servik. Kanser ini terjadi di bahagian pangkal rahim (servik). Kanser ketiga paling kerap dikesan di kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Di anggarkan 1,500 wanita Negara ini disahkan mendapat kanser servik setiap tahun. Kanser servik menyumbang 6% dari jumlah kematian akibat kanser di kalangan wanita. Setiap wanita berisiko dijangkiti HPV selepas berkahwin.

Bagaimana HPV boleh menjangkiti seseorang?

Virus HPV boleh berjangkit terutamanya melalui hubungan seksual dan sentuhan antara kulit di kawasan genital. Seseorang itu berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HPV sekiranya:-
Hubungan seksual bermula di awal remaja
Mempunyai pasangan seks yang ramai
Pernah dijangkiti penyakit-penyakit kelamin

Apakah Penyakit yang disebabkan oleh jangkitan HPV?

Jangkitan virus ini boleh menyebabkan ketuat pada kawasan anogenital, kanser serviks, vulva, vagina, anus dan penis. Ini bergantung kepada jenis HPV yang menjangkiti individu tersebut.
Jangkitan HPV jenis 16 dan 18 adalah penyebab kepada 70 peratus dari kejadian kanser serviks. Manakala ketuat anogenital dikaitkan kepada jangkitan HPV jenis 6 dan 11.

Bagaimanakah proses jangkitan HPV berlaku?

Jangkitan HPV sangat biasa berlaku di kalangan wanita yang melakukan hubungan seks. Dianggarkan 7 dari 10 wanita pernah dijangkiti virus HPV sekurang-kurangnya sekali dalam jangka hayatnya. Secara umumnya, jangkitan HPV berlaku tanpa disedari. Ia tidak menunjukkan sebarang simptom atau gejala klinikal dan akan sembuh dalam tempoh 9 hingga 12 bulan. Walaubagaimanapun dianggarkan 20 peratus dari mereka yang dijangkiti akan mendapat jangkitan kronik HPV yang berlarutan ,melebihi tempoh 18 bulan. Mereka akan mengalami perubahan prakanser pada serviks iaitu CIN (Cervical Intraepithelial Neoplasia) dan seterusnya berubah menjadi kanser jika tidak dikesan dan dirawat awal. Tempoh perubahan dari jangkitan sehingga menjadi prakanser ialah melebihi 5 tahun dan dari prakanser kepada kanser serviks ialah melebihi 10 tahun.

Sehingga kini, masih tiada rawatan antiviral untuk jangkitan HPV. Walaubagaimanapun, terdapat rawatan bagi keadaan yang disebabkan oleh HPV. Contoh : Perubahan prakanser pada serviks dirawat dengan cryotherapy atau Loop Electrosurgical Excision Procedure (LEEP).
Rujuk diagram di bawah untuk penerangan kejadian ini.


Bagaimana jangkitan HPV boleh menyebabkan kanser?

HPV boleh menyebabkan terjadinya perubahan pada sel epithelium yang telah dijangkiti. DNA (deoxyribonucleic acid) HPV bersatu dengan DNA hos dalam sel epithelium semasa jangkitan. Proses ini boleh merubah sel-sel tersebut dan seterusnya meransang pembentukan kanser (Woodman et. al.,2007). Kejadian sebenar proses ini dan peranan faktor-faktor penyumbang lain masih belum difahami sepenuhnya. Rujuk diagram di bawah untuk penerangan kejadian prakanser yang akan membawa kejadian terjadinya kanser.


 Apakah faktor sampingan (co-factors) yang menyebabkan jangkitan HPV membawa kepada terjadinya kanser serviks?

Faktor sampingan yang menyumbang kepada terjadinya kanser serviks selepas jangkitan HPV berlaku ialah merokok, kerap mengandung, jangkitan HIV akibat sistem imuniti yang rendah dan jangkitan kelamin yang lain ( WHO IARC,2007; Vaccarela et.al.,2008)

Bolehkah jangkitan HPV dicegah?

Cara paling berkesan untuk mencegah jangkitan HPV adalah secara menghindari dari segala jenis hubungan genital dengan individu lain. Bagi yang memilih untuk "sexually active", hubungan monogamous adalah strategi terbaik untuk mencegah jangkitan HPV.
Penemuan vaksin bagi perlindungan terhadap jangkitan HPV merupakan pendekatan baru dalam aspek pencegahan dan pengawalan kanser servik. Pada tahun 2005, laporan bahawa 99 peratus kanser servik berkait rapat dengan jangkitan HPV telah membawa kepada penemuan vaksin profilaksis HPV yang boleh memberi perlindungan dari jangkitan HPV dan mencegah kanser servik. Bermula tahun 2006, WHO telah meluluskan pengeluaran vaksin HPV yang pertama, diikuti dengan kelulusan pemasaran vaksin kedua pada tahun 2008.

Sehingga kini, 2 vaksin dipasarkan iaitu vaksin Cervarix® dan Gardasi® akan membantu melindungi seseorang dari jangkitan HPV jenis 16 dan 18, iaitu yang paling kerap (70%) menyebabkan kanser serviks (Munoz et.al.,2004). Gardasi® juga dapat melindungi dari jangkitan HPV jenis 6 dan 11 yang menyebabkan 90 peratus kejadian ketuat genital (Schiffman et.at.,2007) KLIK SINI


No comments: