بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”"Ya Allah, di KETIKA aku lakukan kesalahan kepada orang lain, anugerahkanlah KEKUATAN untuk meminta kemaafan, manakala di waktu orang melakukan kesalahan kepadaku, anugerahkanku KEKUATAN memberi kemaafan"

♥ Entry Terkini ♥

Permohonan Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2013


Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional 2013

Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 dan berminat menyambung pembelajaran di tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2013 bolehlah membuat permohonan sekarang.

Aliran

Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional Kementerian Pelajaran menyediakan 4 aliran utama ;

  1. Pendidikan Teknikal
  2. Pendidikan Vokasional
  3. Latihan Kemahiran
  4. Pendidikan Asas Vokasional


Pendidikan Teknikal

Bidang teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atau Tingkatan 6.

Aliran teknikal menyediakan 5 kumpulan pakej kursus iaitu ;

  1. Kejuruteraan Mekanikal
  2. Kejuruteraan Awam
  3. Kejuruteraan Elektrik
  4. Perdagangan
  5. Sains Pertanian.
  6. Pendidikan Vokasional

Pendidikan vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.

Pendidikan vokasional menyediakan 7 kumpulan kursus iaitu;

  1. Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  2. Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
  3. Teknologi Kejuruteraan Awam
  4. Hospitaliti
  5. Perniagaan
  6. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  7. Pertanian
Latihan Kemahiran

Latihan kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.

Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.

Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada murid aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan murid mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti murid. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang murid mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.

Latihan kemahiran menyediakan 18 pakej kursus iaitu;
  1. Pemesin Am
  2. Jurukimpal / Juruteknik Kimpalan
  3. Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal
  4. Juruteknik Automotif
  5. Mekanik Kenderaan Motor / Mekanik Automotif
  6. Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
  7. Furniture Maker
  8. Jurubina Bangunan
  9. Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu
  10. Jurupaip
  11. Juruteknik Elektrik
  12. Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan
  13. Demi Chef
  14. Pembuat dan Mereka Pakaian Wanita
  15. Pendandan Rambut
  16. Jurukecantikan
  17. Juruteknik Akuakultur
  18. Pekerja Ladang Pertanian
Pendidikan Asas Vokasional

Kursus Rintis Program Pendidikan Asas Vokasional pula dijalankan di 15 buah Sekolah Menengah Kebangsaan dan menawarkan 11 kursus.

Kursus yang ditawarkan adalah Pakaian dan Jahitan, Menservis Motosikal, Membuat Perabot, Automotif, Tanaman, Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Penyediaan dan Penyajian Makanan, Akuakultur, Pendawaian Elektrik, Hiasan Dalaman, Visual dan Animasi
Senarai Kolej, Sekolah & Kursus

Sila rujuk Unjuran Kolej, Sekolah & Kursus untuk menyemak kursus yang ditawarkan di setiap Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik.

Syarat Umum
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon hendaklah:
  • Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.
  • Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.
  • Kesihatan diri pemohon:
  • Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
  • Bebas dari penyakit seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
  • Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.
Syarat Khusus
  • Pendidikan Teknikal – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Pendidikan Vokasional
  • Kategori A – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Kategori B – Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Kategori C – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Latihan Kemahiran – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup.

Maklumat lebih terperinci sila rujuk Syarat Khusus SMT & KV

Permohonan

  • Permohonan ke SMT dan KV boleh dibuat dengan dua cara:

  1. Secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran di Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional 2013 .
  2. Secara manual dengan datang sendiri ke SMT atau KV yang berdekatan. Borang permohonan boleh diperolehi di situ.
  • Kemudahan asrama disediakan di hampir semua SMT dan KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad. Walaupun begitu kemudahan asrama tertakluk kepada had yang ditetapkan bagi setiap sekolah.
Permohonan Atas Talian SMT & KV 2013
Temuduga
  • Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga di SMT dan KV yang berkenaan.
  • Pemohon diminta hadir temuduga dengan berpakaian lengkap sekolah. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, keputusan peperiksaan percubaan PMR 2012 yang telah disahkan oleh pihak sekolah pemohon dan sijil-sijil berkaitan.
Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2013 adalah pada 30 Disember 2012.

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan sebelum sesi persekolahan 2013 bermula.

Rayuan Kemasukan

Bagi permohonan yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan melalui online atau datang sendiri ke Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik yang berkenaan.

Pertanyaan & Maklumat

Sila kunjungi laman web Permohonan Atas Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional 2013 dan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional KPM untuk maklumat lanjut.
Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan Ke SMT / SMV / KV 2010, 2011 dan 2012 sebagai panduan.
Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5031 atau e-mel info@bptv.edu.my

No comments: