Cintailah ALLAH dengan sepenuh hati, maka ALLAH akan memberi yang terbaik sesuai dengan cinta anda kepadaNYA . Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja … tapi , itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.
1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar , masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA .
2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik .
3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH .
4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK , KHAS UNTUK DIRI KITA .
5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan .
6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya .
7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA yang HEBAT JIWANYA .
8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN yang TAK SELAMANYA KEKAL.
p/s : Kepada semua sahabat yg kecewa kerana menderita dan sengsara di sebabkan cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya . Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan perintahNYA , dan meninggalkan laranganNYA . PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA . Dan janganlah sesekali kita mempertikaikan apa yang telah berlaku tetapi terimalah semua itu dengan hati terbuka , ikhlas dan redhakan sahaja apa yang berlaku . Pegang dengan ayat "Percaya pada qada dan qadar" . InsyaAllah :) ♥
No comments:
Post a Comment