

Ya Allah , Kau kuatkanlah hamba-Mu ini supaya segala rintangan yang mendatang ak dapat hadapinya dengan lebih tenang . Jangan Kau biarkan air mata ini mengalir untuk perkara seperti ini . Amin
![]() |
Picit Banner Utk Join :) |
![]() |
dlm keta , otw nak balik kampung |
![]() |
rumah arwah tok *terbiar dan tkde sapa nak jaga* |
![]() |
adk beradik eyda *akk,adk,aziemah* |
![]() |
eyda , akk , adk , aziemah |
![]() |
jgn ambik gbr nie , check kat link eyda bagi |
![]() |
● Pemohon dikehendaki melayari http://www.online.uitm.edu.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut, sebelum membuat permohonan. ● Pemohon dikehendaki membeli no. slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 2 Julai 2012 (Isnin) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking. *no. slip yang dibeli sebelum 2 Julai 2012 adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini* ● Sila nyatakan Peringkat Program (DIPLOMA & ASASI UNDANG-UNDANG/PENERAPAN/ PROFESIONAL) seperti jadual di bawah semasa pembelian no. Slip di BSN. Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibeli sebelum meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian no. slip, tiada pemulangan bayaran. ● Permohonan melalui http://www.online.uitm.edu.my/ bermula 2 Julai 2012 (Isnin). ● Tarikh tutup permohonan online pada 26 Ogos 2012 (Ahad).
Jelas lah bahawa Jahiliyyah MODEN adalah lebih ekstrim dan lebih agresif perjalanannya berbanding dengan Jahiliyyah DAHULU (sebelum kedatangan Islam) Kemunculan Islam telah mengangkat darjat wanita daripada menjadi bahan dagangan dan warisan kepada manusia yang mempunyai kebebasan dan harga diri . Namun malangnya , kini wanita tidak lagi menghargai kebebasan itu kerana mereka sekali lagi menjual tubuh mereka secara sukarelanya . Adakah anda semua rela perkara begini berlarutan sehingga ke hari Kiamat kelak ? Adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi hari tersebut ?
JANGAN hidup JIKA DUNIAWI YANG DIKEJAR..HIDUPLAH UNTUK BERIBADAH IKHLAS KERANA ALLAH..DAN HIDUPLAH UNTUK MENGHADAPI MATI..
p/s : Agak2 ada lgi tk manusia mcm dlm video nie ? Puasa nak separuh hari tpi sbb tk tahan terus buka puasa last2 menyesal plak . Jangan2 ! Tak elok dan tk bagus mcm tuh . Alang2 sudah puasa tuh habiskan sahaja sampai waktu berbuka . Klu budak2 lgi blh faham tapi dh besaq panjang still mcm nie , mmg tktau nak ckp lah .
Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu'bah katanya bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi (menyedekahkan) miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegah ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta." (Hadis riwayat al-Bukhari).Salah satu perkara yang dinyatakan dalam hadis ini ialah larangan Rasulullah agar umat Baginda menjauhi pembaziran. Pembaziran ialah mengeluarkan wang atau menggunakan barang secara berlebih-lebihan.
Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya" (Surah al-Isra', ayat 27).Gambaran yang diberikan Allah terhadap orang yang melakukan pembaziran dalam ayat berkenaan amat keras kerana syaitan itu adalah makhluk yang paling ingkar terhadap perintah Allah. Ayat al-Quran dan hadis di atas juga menyatakan bahawa pemborosan dan pembaziran adalah perbuatan keji dan patut ditinggalkan oleh orang yang mengaku diri mereka benar-benar beriman dengan Islam. Dalam keghairahan umat Islam menyambut Ramadan dan kedatangan Syawal nanti, mereka tidak seharusnya lalai dan leka hingga melanggar etika berbelanja seperti ditetapkan oleh Islam, terutama boros dalam perbelanjaan.
Baginda melarang amalan pembaziran dan tidak pernah melakukan sesuatu perbelanjaan yang melampaui batas. Perkara ini ada dijelaskan dalam hadis yang bermaksud : "Ketika Mu'awiyah berkunjung ke Kufah, maka Abdullah bin Amr bercerita mengenai Rasulullah, katanya Rasulullah tidak pernah melampaui batas dan tidak pernah melakukan perkara keji. "Beliau juga berkata: Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu adalah orang yang paling baik budi pekertinya." (Hadis riwayat al-Bukhari).
Berbuka Puasa Secara Sederhana : Firman Allah SWT :“Wahai Bani Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah setiap kali kamu ingin ke tempat ibadat (mengerjakan solat) dan makan minumlah serta janganlah kamu melampau. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.” – Surah al-A’raaf : Ayat 31
Perlu diingatkan bahawa janganlah waktu berbuka puasa dijadikan medan untuk kita melepas geram kerana sehari suntuk tidak menjamah makanan atau minuman. Sewajarnya, ibadah puasa dijadikan medan untuk melatih jiwa seorang muslim yang bertakwa lagi penyabar direalisasikan ketika berbuka puasa dengan memakan makanan pada kadar yang tidak berlebihan.
Sabda Nabi SAW : “Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberi kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak mustahail (boleh dilakukan), suaplah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.” – Hadis riwayat al-Tirmizi
Nisbah Dosa Meninggalkan Sembahyang : 1. Ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka (bersamaan 60 000 tahun dunia) 2. Sembahyang Zuhur - Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam. 3. Sembahyang Asar - Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah. 4. Sembahyang Maghrib - Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (bagi lelaki) atau dengan ayahnya (bagi perempuan). 5. Sembahyang Isyak - Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah ini dan digesa agar ia mencari bumi lain.
p/s : Walaupun video hanya menunjukkan solat subuh tpi bgi eyda ia merumuskan kpd sembahyang 5 waktu yg wajib kita sebagai umat Islam melakukannya :)Kesan Meninggalkan Solat Lima Waktu : 1. Allah S.W.T mengurangkan /menghilangkan rezeki. 2. Di hilangkan tanda orang soleh di mukanya. 3. Mengikut Imam Syafie meninggalkan sembahyang adalah merupakan satu dosa besar sehingga boleh menyebabkan murtad. 4. Perbezaan seseorang itu dengan kekafiran adalah orang yang meninggalkan solat. 5. Amal kebajikan yang di buat oleh orang yang meninggalkan sembahyang tidak diterima oleh Allah S.W.T 6. Mati dalam kehinaan di sisi Allah S.W.T. 7. Mati dalam keadaan yang penuh dengan kelaparan dan kedahagaan yang dasyat. 8. Bila meninggalkan solat seseorang itu terputus hubungan dengan Allah S.W.T dan tiada pegangan dalam islam.
Bila Allah memerintahkan kita untuk makan dan minum , mengapa kita melakukan dengan senang hati ? Bila Allah memerintahkan untuk berkahwin , mengapa kita bersegera menyambutnya ? Bila Allah memerintahkan untuk mencari harta dunia , mengapa kita kerjakan dengan bersemangat ? Kerana kita menganggap bahawa itu adalah suatu keperluan . . .
Ketika Allah memerintahkan kita untuk solat , mengapa kita menunda-nunda ? Ketika Allah emmerintahkan kita untuk berpuasa , mengapa kita enggan melaksanakannya ? Ketika Allah memerintahkan kita untuk berbayar zakat , mengapa hati terasa berat ? Ketika Allah memerintahkan kita untuk berjihad , mengapa kita merasa malas ? Kerana kita menganggap bahawa itu adalah suatu kewajipan . ..
Mengapa kita membeza-bezakan ? Bukankah semua itu sama-sama perintah Allah ? Atau kerana kita hanya menuruti hawa nafsu kita ?
p/s : Segala sesuatu yang kamu pisahkan daripada kamu pasti ada penggantinya , kecuali Allah . Jika kamu pisahkan Allah daripada hidupmu nescaya tiada pengganti-Nya - Imam GhazaliSaya nak sangat jadi macam perempuan-perempuan lain yang bersosial . Saya nak sangat pakai lawa-lawa bergaya bila keluar jalan-jalan . Saya juga teringin pakai shawl , tudung yang jarang . Saya juga mahu couple macam orang lain . Saya juga mahu masuk panggung tengok wayang . Saya nak sangat pakaian saya ikut fesyen ketat , nipis . . TAPI kerana secebis IMAN di dada membatasi untuk saya melakukan semua itu . .
Bila nak bersosial sikit iman kata jangan , ini hanya kehidupan dunia tidak kekal . Bila pakai lawa-lawa terlalu over , iman kata pakaian macam ini membuat lelaki tergoda dan pandang hanya kerana nafsu . . Bila letak shawl atas kepala , iman kata jika terlebih cantik mata semua memandang . Bila nak couple , iman kata cinta manusia tidak kekal . Bila nak melangkah kaki nak masuk panggung , iman kata jangan satu hari nanti anak-anak akan ikut langkah kita . Bila nak pakai pakaian ikut fesyen , tiba-tiba iman berkata kenapa kita nak buat perkara yang dilarang Allah SWT .
Tiba-tiba nafsu bersuara . . . ah . . susahnya nak goyahkan iman perempuan nih . . Ini lah perempuan yang beriman taat pada perintah-Nya . . .
![]() |
buat sikit , goreng byk plak kan :P |
p/s : Sesiapa yg ingin mencuba tuh selamat mencuba , dan sesiapa yg pernah buat tuh nanti blh lah share2 ngan eyda jadi ke tk :)