بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”"Ya Allah, di KETIKA aku lakukan kesalahan kepada orang lain, anugerahkanlah KEKUATAN untuk meminta kemaafan, manakala di waktu orang melakukan kesalahan kepadaku, anugerahkanku KEKUATAN memberi kemaafan"

♥ Entry Terkini ♥

Jangan Aibkan Orang

Hye Semua , Eyda Harap Korg Boleh LIKE FANPAGE Facebook Eyda . Tekan LIKE di Bawah =)





Hari nie eyda agak mrh dgn seseorg nie so eyda nk lepaskan kat cnie je . Hari tuh eyda hampir2 kena saman oleh seorg hamba Allah nie cbb dy ckp eyda malukan anak dy dlm fb . Bagi dy , malukan ank org tkpe , bila kena btg hidung cndri melenting sakan cmpai bt report polis nk saman malu eyda . Bagi eyda berani kerana benar , takot kerana salah . Semua kata2 anak dy dok maki adk eyda , kutuk adk eyda dlm facebook eyda dh printscreen semua dan eyda upload dlm fb . Yg tuh membuatkan mereka marah sakan . Mse polis tuh col eyda soh dtg balai ape semua eyda mmg gelak sbb lawak cgt kes nie . Okay g balai ngan satu fmly eyda , last2 sarjan tuh kwn ayah , see ! Allah tunjukkan kuasa dy . Sarjan Ibrahim nama nye , dy bgi dua pilihan kat org yg nk saman eyda tuh .
1. Nak teruskan saman atas eyda ? Dan jadikan nie kes civil atau
2. Mintak maaf , delete gambar bagai2 .
Depa ckp depa nk eyda delete semua gambar dan mintak maaf kat depa . Depa pon akn delete semua yg depa bt n mintak maaf . Tpi sebaliknya yg terjadi . Mkck nie rakam semua perbualan kami kat balai tuh dan tk padam . Dan dy pegi sebar kat satu kawasan perumahan kami / taman kami , dan pegi jaja cte kat tmpt keje dy tesco tuh . Mentang2 lah mak eyda selalu shopping situ n ramai yg kenal mak so mcm2 cte dy bt . Mse kat balai polis dy sound mak eyda jgn dok jaja cte kat org tpi last2 cpe yg mulakan dulu ? Bila terserempak dgn kami sekeluarga kenapa nk lari ? Takot ke ? Dy tktau org kat cnie semua kenal mak ayah eyda , ape yg dy bt , dy cte org tnye blik kat mak . Start situ mak troz cte dri A-Z ape yg terjadi . Org klu nk menangkan anak dy mmg tk pegi mana lah . Salah anak org nampak , salah anak cndri tk nampak . Pastu kat balai blh plak ungkit , selama nie dy tlg eyda cri keje kat tesco bagai2 lah . Owh nk ungkit , habis selama nie eyda tlg ank dy sek mse bru pindah cnie tuh ape ? Klu nk ungkit bia ungkit habis bru puas kan ? Eyda geram cgt2 cbb dy cuba nk aibkan family eyda . Mak ayah eyda dok cnie dh brapa taon dh , sejak kawen kot tk clah eyda , ckrg mak ayah umo 49 , eyda plak dh dok cnie sejak lahir , kwn2 mak ke ayah semua dh kenal kitaorg , dh tahu kami nie mcm mne . Yg mkck tuh bru pindah cnie dh mcm2 hal jadi . Bila kita diamkan diri , dy lgi over plak . Tpi tkpe lah cbb eyda thu Allah tu Maha Adil , Maha Mengetahui . InsyaAllah semua nie akan terbalas , kami tk mampu ckp ape hanya mampu tersenyum saja =)
Baca bawah nie >> Satu Paksaan hehe just kidding :P
Apa maknanya ‘Aib’ ? Aib ini adalah mengatakan sesuatu kekejian,keburukan orang. Kita tidak boleh mendedahkan orang yang tidak sembahyang kerana itu dipanggil ‘Aib Agama’ .Apa tah lagi mendedahkan video sex.
Kita tidak boleh mengata mengenai kelemahan orang seperti “Eh, itu anak haram”
“Eh,makan banyak tu,lapar ke pelahap ni” Jangan berkata begitu kepada orang. Ini semua adalah ‘Aib kelemahan’ dia.
Hukum mengaibkan orang ini adalah haram. Seperti juga hukum mengumpat.
Mengumpat pun ada syarat. Maksudnya, perkara berikut bermakna jatuh hukum mengumpat:
*Cerita keburukan orang
*Cerita mengenai dia tapi di luar pengetahuannya
*Cerita benda betul tapi di luar pengetahuannya
*Cerita perkara yang dia tidak suka tapi di luar pengetahuannya
Contoh lagi..
Jika jiran kita ada sekumpulan anak gadis tinggal serumah dan kemudian ada salah seorang membawa pulang boyfriend dia dan duduk berdua-duaan di dalam rumah tersebut, kita boleh melaporkan ke Jabatan Agama. Tapi kena selidik, takut suami isteri. Ini salah satu langkah utk menjaga aib org supaya kita tidak terburu-buru.
Bagaimana mendedahkan aib sendiri?
Contohnya: “ Aku telah minum arak begitu banyak sebelum ini”. Atau “ Aku tidak sembahyang selama 40 tahun”
Kita ditegah membuka aib sendiri. Seperti contoh di atas, seperti menunjuk-nunjuk kehebatan melakukan dosa. Jangan sesekali berbuat demikian.
Jika untuk dijadikan iktibar, jangan beritahu siapa nama orang yang terlibat.
Hadis Rasulullah SAW:
“Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”
Ada yang bertanya, apa hukumnya jika mengintai orang. Sememangnya haram. Kerana kita telah mengaibkan orang dengan cara mengintai.
Satu lagi untuk saya sampaikan. Jika kita baru berkahwin, ataupun telah berkahwin, ataupun bercerai, jangan sesekali mendedahkan perlakuan kita bersama pasangan kita. Maknanya, jangan menceritakan hubungan intim kita bersama pasangan kepada orang lain. Hukumnya adalah haram.
Jadi, sama-samalah kita semua berazam untuk tidak cuba mengaibkan orang. Tidak ada untungnya.
Ibnu Abi Dunya meriwayatkan dari Al-Barra beliau berkata bahawa Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami hingga terdengar oleh kaum wanita di rumah-rumah mereka. Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman dengan lidahnya tetapi tidak beriman dengan hatinya, janganlah kalian mengumpat orang-orang muslim dan mencari keaibannya. Sesungguhnya orang yang mencari-cari keaiban saudaranya, maka Allah akan mencari-cari keaibannya. Dan siapa yang keaibannya di cari-cari Allah, maka pasti Allah akan membongkarnya di tengah rumahnya.”
Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda yang bermaksud:
 "Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslimnya, nescaya Allah s.w.t akan menutup keaibannya di akhirat kelak"

P/S : gambar yg printscreen eyda tk msok kan cbb tknk aibkan dy .


4 comments:

Anonymous said...

mintak-mintak di jauhkan dari semua ini..
Ya Allah, peliharalah hambaMU ini... amin amin..

Nur Asmida Bt Karim said...

Amin ! Harap2 begitu lah . Kecian kat mak eyda je .

9n0L4 said...

ingatkan dlm drama tv je main saman ni. huhu.

Nur Asmida Bt Karim said...

entah lah awk . Sabar je lah , ujian dari Allah =)