Apakah itu ujian Pap Smear?
- merupakan suatu ujian untuk memeriksa
kesihatan servik.
- Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
- Ia adalah satu saringan untuk mengesan
keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel
serviks luar biasa yang
boleh mengakibatkan kanser.
- Ia adalah sempena orang yang pertama
menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE
PAPANICOLAOU.
- Ia adalah satu prosedur yang mudah dimana
sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal
untuk kajian.
- Tidak perlu ubat atau bius.
- Mengambil masa beberapa minit sahaja.
Adakah ujian itu menyakitkan?
- Tidak menyakitkan.
- Jika anda merasa tegang semasa prosidur
dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan
tarik nafas panjang.
Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?
Wanita
berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan
seksual.
Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?
Doktor atau
jururawat yang terlatih akan menjalankannya.
Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut
dilakukan?
- Tanggalkan seluar dalam.
- Berbaring di atas katil.
- Doktor atau jururawat akan memasukkan alat
kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina
dengan lembut supaya servik
boleh dilihat.
- Sejenis kayu
'wooden spatula' dan berus yang kecil
'cytobrush' dimasukkan ke dalam
pangkal
rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
- Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar
ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana
laporan akan dibuat.
- Ujian ini mengambil masa beberapa minit
sahaja.
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
- Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda
kedatangan haid.
- Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau
selepas haid.
- Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau
selepas 10 hari kitaran haid.
Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?
- Anda tidak digalakkan melakukan hubungan
seks 24 jam sebelum ujian dijalankan
kerana ia
menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
-
Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga,
kaedah halangan atau
penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan.
- Bahan kimia yang terdapat dalam bahan
tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti
sampel.
Bilakah saya mendapat keputusannya?
- Bila anda melakukan ujian tersebut, anda
akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan
keputusan.
- Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan
bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.
Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?
- Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun,
pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda
digalakkan untuk menjalani ujian
ini setiap tahun selama 2 tahun.
- Sekiranya keputusan itu negatif, anda
digalakkan mengulangi setiap 3 tahun
sekali.
Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?
- Di semua klinik dan hospital kerajaan
- Di klinik/hospital swasta
- Federation of Family Planning Association Of
Malaysia (FFPAM)
- Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara
(LPPKN)
Apakah makna keputusan tersebut?
- Keputusan yang normal bermaksud tiada
keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
- Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan
anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan
selanjutnya.
- Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
- Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan
penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
- Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan
(perubahan ini sementara dan setempat ('benign' -
bukan menunjukkan kanser)
- Sel-sel di servik mungkin menunjukkan
perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku
kanser).
Apa yang patut dilakukan seterusnya :
- Rawatan susulan
- Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
- Jalani pemeriksaan kolposkopi
Apakah itu kolposkopi?
- Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor
melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
- Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan
doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
- Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh
badan.
- Kurang menyakitkan.
- Sesetengah orang merasa tidak selesa.
- Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk
ujian selanjutnya.
- Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro
coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk
memusnahkan tisu-tisu yang
terlibat.
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
-
Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
- Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum
atau selepas haid.
- Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau
selepas 10 hari kitaran haid.
Rujukan
- Ministry of Health, 2002. National Cancer
Registry Report
- Ministry of Health, 2002. Annual Report
- Ministry of Health, 2003. Clinical Practice
Guidelines - Management of Cervical Cancer
2 comments:
Oh... cam tu,... Thank atas info nieh.. Terbaik.. ^_^
thnx share. :D
Post a Comment