Apakah perhubungan sihat?
Perhubungan sihat adalah sesuatu yang positif. Di dalam perhubungan sihat, remaja lelaki dan perempuan:
Apakah perhubungan tidak sihat?
- Yakin dan selesa dengan diri mereka sendiri dan juga orang lain
- Saling bergembira
- Saling mempercayai dan jujur
- Saling menghormati pendapat, perasaan dan kepercayaan orang lain
- Tidak mengkritik atau mencaci sesama sendiri
- Menerima seseorang itu seadanya
- Dapat menyelesaikan perbezaan pendapat melalui perbincangan
- Tidak mengongkong orang lain
- Boleh menyatakan tidak kepada sesuatu ( termasuk seks )
- Saling berjumpa bila perlu
- Saling sokong menyokong
Apakah perhubungan tidak sihat?
Perhubungan yang tidak sihat berlaku apabila wujud perasaan bengis, tidak hormat, mengongkong atau terdapat unsur penderaan dalam perhubungan seperti:
- Tidak membenarkan anda berinteraksi dengan orang lain
- Tidak membenarkan anda meluangkan masa bersama keluarga
- Sentiasa ingin memeriksa dan mengambil tahu aktiviti anda
- Mengaibkan atau mengkritik anda
- Memaksa anda mengikut kehendak mereka
- Membuatkan anda berasa takut untuk tidak bersetuju atau menyatakan tidak
- Cuba mencederakan anda atau diri sendiri jika anda ingin memutuskan perhubungan
- Boleh bertindak kasar dan ganas terhadap anda
- Memeras ugut / mengancam anda
No comments:
Post a Comment