بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”"Ya Allah, di KETIKA aku lakukan kesalahan kepada orang lain, anugerahkanlah KEKUATAN untuk meminta kemaafan, manakala di waktu orang melakukan kesalahan kepadaku, anugerahkanku KEKUATAN memberi kemaafan"

♥ Entry Terkini ♥

Apa Itu Thyroid ??

Apa itu Thyroid ??

Thyroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah
mengeluarkan hormon. Antara hormon yang terpenting ialah T3
(triiodothyronine) dan T4 (thyroxine). Hormon-hormon ini mengawal
metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia. Sel-sel thyroid adalah
satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodine yang diambil
dalam pemakanan kita. Iodine ini akan bergabung dengan amino asid
tyrosine yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan T4.

Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3
15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2 dsb. T3 dan T4
membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah
lebih aktif daripada T4.T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada
T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang.
Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hypothalamus yang
berada di bahagian otak kita.

Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi thyroid ialah TRH
dan TSH. Hormon-hormon ini membentuk satu system yang kompleks.TRH
dikeluarkan oleh oleh hypothalamus. TRH ini menyebabkan pituitari
mengeluarkan TSH. TSH pula akan menyebabkan thyroid mengeluarkan T3
dan T4. Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas
akan menyebabkan berlakunya masalah thyroid.

Siapakah orang yang berisiko mendapat penyakit thyroid ?

Antara orang-orang yang berisiko menghidap penyakit ini ialah :

* Perempuan
* Genetik
* Mengidapi sakit pituitari atau endocrine yang lain
* Usia lebih 60 tahun
* Merokok

Jenis penyakit thyroid

Ada dua jenis sakit thyroid yang utama :

1. Hyperthyroidism / Thyrotoxicosis
2. Hypothyroidism

Hyperthyroidism / thyrotoxicosis

Dalam kes ini hormon thyroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi
daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :

Grave's disease: Antibodi di dalam badan menyebabkan thyroid
membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau
sebahagian besar) sel thyroid orang yang menghidapi penyakit ini
mengeluarkan hormon berlebihan
Thyroiditis (thyroid bengkak): Selalunya keadaan ini boleh elok
sendiri
Toxic nodule goitre: Terlalu banyak iodine di dalam makanan.

Tanda-tanda orang yang menghidapi hyperthyroidism :
  • Bengkak di leher
  • Cirit birit
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Haid tidak teratur, haid kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Konsentrasi kurang
  • Kulit lembap
  • Lemah
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Mood yang tidak menentu
  • Muscle cramp
  • Nervous dan gelisah
  • Oesteoporosis (kereputan tulang)
  • Pengeluaran peluh banyak / bertambah
  • Rambut tidak kuat
  • Suhu badan naik
  • Sukar bernafas
  • Sukar tidur
  • Tak tahan panas
  • Tekanan darah naik
  • Tremor (menggeletar)
  • Turun berat badan walaupun selera naik
Apa itu Hypothyroidism Apa itu Hypothyroidism (hipotiroid) ? Hypothyroidism ialah satu keadaan dimana badan
 kekurangan hormon thyroid akibat daripada kelenjar thyroid (tiroid) yang kurang aktif . Ia 
terjadi adalah kerana hormon tiroid terlalu sedikit di dalam darah, ini akan memperlahankan 
sistem tubuh badan dan selalu menyerang golongon berumur 40 tahun ke atas dan golongon 
yang berisiko adalah wanita.Penyebab hypothyroidism ini adalah kerana  antibodi dan sel 
darah putih menyerang tiroid.
Antara kesan hypothyroidism ialah ;
  • cepat penat | tidak bermaya
  • lambat berpeluh
  • sering berasa sejuk
  • pelupa
  • berat badan meningkat
  • kemurungan
  • dan yang paling teruk dan mungkin mimpi ngeri bagi seseorang ialah 'terbantut'.
* Tahu tidak hampir 3% manusia di Bumi menghadapi gejala hypothyroidism ? * Tahu tidak bagi seseorang yang kurang makan makanan laut, seperti ikan mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi gejala hypothyrodism ? * Tidak lupa kepada perokok. Haba asap, dan bahan-bahan kimia lain di dalam rokok akan sedikit sebanyak menggangu proses yang terjadi di thyroid. - Kanser Tiroid.

No comments: