بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”"Ya Allah, di KETIKA aku lakukan kesalahan kepada orang lain, anugerahkanlah KEKUATAN untuk meminta kemaafan, manakala di waktu orang melakukan kesalahan kepadaku, anugerahkanku KEKUATAN memberi kemaafan"

♥ Entry Terkini ♥

Sakit Lagi Diriku Ini

Alhamdulillah , selesai jawab 2 paper . Smlm paper BEL , hari nie paper CTU . Setakat nie agak susah paper ctu je lah . Soalan perghhh ! Diri sendiri spot soalan tuh keluar tpi baca ckit je bab tuh . Menyesal2 :(
Carry marks pon alhamdulillah okay . Lgi 2 paper je tuh pon paper killer . Mintak2 blh jawab dan score markah tinggi sbb carry marks utk 2 paper tersebut kurang :( Nak kata main tkde lah sgt maybe malas bukak buku jadi mcm tuh lah . Okay2 tknk cite pasai exam karang makin stress gua ,hahah . Nie nak habaq kebelakangan nie kami selalu sakit . Cepat penat , sakit dada , semput dan rasa nak termuntah . Setelah berbulan2 penyakit nie eyda pon beranikan ehh rajinkan diri pergi Unit Kesihatan u eyda nie  . Sbb tkt ahan sgt penyakit nie and takut ada sakit lain so gagah kan kaki jejak UK tuh . Seingat eyda lah kan bru kali keberapa ntah pergi UK tuh . Jumpa doktor paling sporting and best lah , Dr Meor . Cerita punya cerita pastu dy pon check lah mcm2 kat eyda nie . Check nadi , jantung semua2 nya lah , eyda pon tktau sgt huhu . Sekali tuh dy ckp nadi laju . Eyda ingat benda biasa tpi muka dy lain laa . Muka risau , muka mcm nk ckp something tpi tk keluar2 ==" Eyda pon tanya lah dy ada masalah ke nadi laju . Dy ckp kemungkinan blh kena Thyroid . Eyda muka blurr lah kan  sbb tk bljr perubatan tpi mcm penah dgr kan . Last tuh dr tuh pon explain lah blah2 , and eyda ada search ckit pasai penyakit nie BACA SINI .
Setelah search artikel semua pasal thyroid , kemungkinan besar eyda maybe kena penyakit 
* Hyperthyroidism / thyrotoxicosis * . Kenapa eyda ckp eyda maybe dpt penyakit tuh ? Cuba baca tanda2 orang yang menghidapi penyakit tuh . Sama mcm apa yg eyda alami skrg . Tpi dr Meor tk confirmkan lgi . Dy just bgi ubat apa ntah and ada vitamin eyda kena mkn . Lepas final exam klu eyda still tk okay dy suruh eyda dtg balik UK , dy akan buat surat rujukan dan eyda kena pergi check darah kat Hospital Taiping . So scary right ?? Eyda baca klu thyroid nie kena bedah nak buang bengkak tuh , Ya Allah takutnya . Mintak-mintak dijauhkan semua penyakit itu . Klu tk sakit thyroid takpa , tpi takut sakit lain plak . Takut ada kaitan dgn jantung . Taknak3 !! Dr Meor nasihat eyda jangan terlalu stress / tension and dy suruh eyda bljr cara pernafasan . So skrg nie eyda mcm dalam pemantauan gak lah . Kena mkn ubat dan kurangkan stress lebih2 lgi final exam kan . Okay lah , lepas final exam eyda update betul ke eyda sakit . Korg doakan eyda takda apa2 dan sihat seperti biasa :)

* Lepas jumpa doktor nak kata semakin baik tuh tipulah . Eyda still semput / sakit dada dan terbaru eyda rasa mcm mencucuk2 je kat jantung / dada belah kiri .

Apa Itu Thyroid ??

Apa itu Thyroid ??

Thyroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah
mengeluarkan hormon. Antara hormon yang terpenting ialah T3
(triiodothyronine) dan T4 (thyroxine). Hormon-hormon ini mengawal
metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia. Sel-sel thyroid adalah
satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodine yang diambil
dalam pemakanan kita. Iodine ini akan bergabung dengan amino asid
tyrosine yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan T4.

Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3
15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2 dsb. T3 dan T4
membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah
lebih aktif daripada T4.T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada
T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang.
Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hypothalamus yang
berada di bahagian otak kita.

Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi thyroid ialah TRH
dan TSH. Hormon-hormon ini membentuk satu system yang kompleks.TRH
dikeluarkan oleh oleh hypothalamus. TRH ini menyebabkan pituitari
mengeluarkan TSH. TSH pula akan menyebabkan thyroid mengeluarkan T3
dan T4. Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas
akan menyebabkan berlakunya masalah thyroid.

Siapakah orang yang berisiko mendapat penyakit thyroid ?

Antara orang-orang yang berisiko menghidap penyakit ini ialah :

* Perempuan
* Genetik
* Mengidapi sakit pituitari atau endocrine yang lain
* Usia lebih 60 tahun
* Merokok

Jenis penyakit thyroid

Ada dua jenis sakit thyroid yang utama :

1. Hyperthyroidism / Thyrotoxicosis
2. Hypothyroidism

Hyperthyroidism / thyrotoxicosis

Dalam kes ini hormon thyroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi
daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :

Grave's disease: Antibodi di dalam badan menyebabkan thyroid
membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau
sebahagian besar) sel thyroid orang yang menghidapi penyakit ini
mengeluarkan hormon berlebihan
Thyroiditis (thyroid bengkak): Selalunya keadaan ini boleh elok
sendiri
Toxic nodule goitre: Terlalu banyak iodine di dalam makanan.

Tanda-tanda orang yang menghidapi hyperthyroidism :
  • Bengkak di leher
  • Cirit birit
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Haid tidak teratur, haid kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Konsentrasi kurang
  • Kulit lembap
  • Lemah
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Mood yang tidak menentu
  • Muscle cramp
  • Nervous dan gelisah
  • Oesteoporosis (kereputan tulang)
  • Pengeluaran peluh banyak / bertambah
  • Rambut tidak kuat
  • Suhu badan naik
  • Sukar bernafas
  • Sukar tidur
  • Tak tahan panas
  • Tekanan darah naik
  • Tremor (menggeletar)
  • Turun berat badan walaupun selera naik
Apa itu Hypothyroidism Apa itu Hypothyroidism (hipotiroid) ? Hypothyroidism ialah satu keadaan dimana badan
 kekurangan hormon thyroid akibat daripada kelenjar thyroid (tiroid) yang kurang aktif . Ia 
terjadi adalah kerana hormon tiroid terlalu sedikit di dalam darah, ini akan memperlahankan 
sistem tubuh badan dan selalu menyerang golongon berumur 40 tahun ke atas dan golongon 
yang berisiko adalah wanita.Penyebab hypothyroidism ini adalah kerana  antibodi dan sel 
darah putih menyerang tiroid.
Antara kesan hypothyroidism ialah ;
  • cepat penat | tidak bermaya
  • lambat berpeluh
  • sering berasa sejuk
  • pelupa
  • berat badan meningkat
  • kemurungan
  • dan yang paling teruk dan mungkin mimpi ngeri bagi seseorang ialah 'terbantut'.
* Tahu tidak hampir 3% manusia di Bumi menghadapi gejala hypothyroidism ? * Tahu tidak bagi seseorang yang kurang makan makanan laut, seperti ikan mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi gejala hypothyrodism ? * Tidak lupa kepada perokok. Haba asap, dan bahan-bahan kimia lain di dalam rokok akan sedikit sebanyak menggangu proses yang terjadi di thyroid. - Kanser Tiroid.

Bulan Oktober - Final Exam


Please Be Awesome 
Oktober 2012 : bulan peperiksaan ==" *wish me luck*
Bermulanya bulan ini eyda akan menghadapi peperiksaan akhir untuk semester ini . Sem ini eyda ambik 7 subjek sahaja tapi final exam 4 subjek :) Carry marks eyda tk berapa bagus so eyda kena berusaha lebih untuk final exam . Kalau boleh eyda TAKNAK repeat apa2 paper sem nie . Sejujurnya eyda cuma takut dgn paper Food Studies dan juga Fundamentals of Management . Klu sem depan repeat mmg hancur lah eyda . 2 subjek nie susah tahap gaban , tambah subjek depan mmg hancur teruk eyda . Eyda harap sangat kat final exam nie . Jadual exam pon dh keluar , tkde gap yg lama hanya 3 4 hari mcm tuh je . Okay lah tuh drpd tkde lansung kan . Sbb exam 4 subjek sahaja mmg boleh balik awal lah drpd kwn eyda yg last paper 17/10 . Eyda last paper 14/10 , yeayyyy ! ^_^
Hah ! Nie jadual final exam eyda (:

*abaikan tulisan yg buruk itu*

2 paper terakhir paper yg eyda takut sangat2 . Ya Allah tk tahu lah mcm mana nanti kan dlm dewan . Jangan blurr sudah :( 
Habis exam kemungkinan ayah akan datang ambik eyda balik sbb nak kena bawak banyak barang kan , takkan nak suruh eyda naik bas lgi . Merajuk teruk karang . . huhu


Hah ! 18 Oktober 2012 birthday eyda yg ke-19 . Jangan lupa wish tau ! :) *hadiahnya sekali okay* 
Hahaha gurau je . Cerita pasai birthday eyda tak pernah dpt hadiah , tk pernah sambut pon . Kesian kan :( Klu ada yg tertanya2 kenapa tk dpt hadiah tuh sbb sapa lah eyda nie nk dpt hadiah birthdy kan huhu . Dan kenapa tk sambut tuh eyda pon tktau nak jawab . Mmg seingat eyda , dari kecik sampai skrg kot tk bersambut . Mungkin family eyda nie lain kot dgn family kat luar tuh . Tapi kan klu tahun nie mak bagi sambut bestnya , boleh lah eyda masak untuk kawan2 eyda hehehe . #Harap2 mak bagi lah kan (:

Okay sambung pasai final exam eyda tuh plak *mcm dah habis je cerita exam2 nie -.- Eyda rasa2 dan fikir2 yg cuti sem nie eyda nak keje part time sbb eyda nak ambik lesen kereta ! Mak dh keluar kereta baru tpi eyda still tkde lesen , warghhhhh ! Sedihnyaaaa :( Cuti nie nekad nak ambik lesen . Ada pujuk mak suruh support untuk ambik lesen L , mintak2 dpt lah . Yg selebihnya eyda sendiri akan tanggung dgn duit eyda kerja nanti huhu . Tuh pon kalau dpt kerja , selalunya susah org nak ambik kerja part time nie kan . Eyda biasa kerja mcd , ingat nak buat part time kat tmpt eyda kerja dulu tpi fikir sbb manager depa yg -.- tk jadi lah . Eyda nak try part time tesco lah . Kat situ okay lah , gaji pon lgi okay . Tpi paling best sbb pekerja perempuan/wanita tidak perlu tight in baju mcm lelaki dan tk mewajibkan mekap walaupun kerja bahagian cashier . Cuma kat situ kena tahan dgn customer . InsyaAllah klu dah ada pengalaman tuh mmg senang sikit *kot Mintak2 ada lah dpt panggilan drpd kak ita(manager tesco) panggil masuk kerja . Amin !

#Sebab terlalu busy *sangatlah kan* entry eyda banyak yg auto-publish . Agak2 ada tak orang singgah blog eyda dan baca entry eyda nie ? Mcm tkde je , tkpe lah . Eyda pon bukan reti sangat blog2 ini , nak update entry pon kena tunggu idea dtg . Apa2 pun segala kekurangan , kesilapan , kesalahan eyda mintak maaf sangat2 .