PENGENALAN
Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.
KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT yang menepati kriteria-kriteria berikut:
Diskaun yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih dan tertakluk kepada kadar, terma serta syarat yang ditetapkan oleh syarikat masing-masing.
SENARAI SYARIKAT :
|
♥ Entry Terkini ♥
Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia
Apa itu Stereotaip ??
Stereotaip ialah suatu tanggapan atau pemikiran yang ditetapkan terhadap sesetengah jenis orang atau benda tetapi seringkali tidak benar di dalam realiti.
Contoh mcm gambar di bawah ini ;
*sumber* |
*Entry Auto-Publish*
Kebaikan Ais Batu - Dr Norhissam Mustafa
Fakta Kelebihan Ais
- Air Sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
- Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
- Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
- Liputan ais di Antartika (daerah kutub Selatan) dan Artik (daerah kutub utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
- Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
- Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
- Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
- Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
- Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
- Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi sawan.
- Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
- Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
- Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
- Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
- Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
- Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
- Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
- Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
- Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekut kristal yang paling keras iaitu intan.
- Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
- Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang ingatan seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
- Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
- Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
- Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
- Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
- Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
- Air kelapa muda bersifat sejuk amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadinya bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
- Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia menguatkan perut.
Petikan dari buku panduan dan aplikasi Seri Wajah (Aromatherapy Vibration) - Dr.Nohissam Mustafa
Colour Vibration Therapy
Complementary Alternative Medicine International
Prof. Emeritus Dr Sir Norhisham Wahab (Founder)
Cerita Ini Tentang Jodoh
*sumber fb* |
Kasih yang aku kira perlu aku
lempiaskan pada seseorang yang lain selepas ibubapa dan keluarga serta diriku
sendiri...
Ya.. cinta pada manusia biasa
yang namanya lelaki kerana aku diciptakan sebagai seorang perempuan...
Umur yang semakin berinjak jauh
meninggalkan alam remaja dan sekarang di dalam fasa kedewasaan memungkinkan aku
berfikir tentang urusan jodoh. Seringkali persoalan itu ditanya kepadaku oleh
teman-teman sekuliah dahulu.
"Tak ada buah hati ke?"
"Takkanlah tak ada yang
minat dengan perempuan pandai macam kau ni?"
"Kau ni jual mahal sangat
kot?"
"Bergayalah sikit, bagi
cantik, mesti nanti ada yang terpikat kat kau.."
"Aku sudah, kau bila
lagi?"
Aduh... mahu melayan satu-persatu
pertanyaan mereka memang tidak terjawab. Paling mudah untuk kukatakan ketika
itu,
"Belum jodoh lagi.."
atau aku katakan pada mereka,
"Belum bersedia lagi..
.nanti dah ada calon, akan diberitahu kelak".
Berbicara tentang cinta memang
tidak akan pernah habis. Semasa di universiti dahulu seringkali aku melihat
pasangan yang kononnya sedang 'hangat bercinta' bertengkar atas perkara-perkara
yang kecil.
Kadang-kadang aku ketawa
sendirian apabila melihat adegan pujuk-memujuk persis lakonan di dalam filem
Hindustan yang kutonton di televisyen. Bermacam-macam gaya yang ada apabila si
lelaki cuba memujuk si wanita atau si wanita yang cuba memujuk si lelaki. Aku
menggeleng-geleng kepala melihat gelagat mereka dalam tawa. Perkara yang padaku
tidak wajar dilakukan apatah lagi pasangan itu masih belum punyai ikatan yang
sah dan halal di sisi Islam sedangkan si wanita bertudung dan si lelaki bersongkok.
Aku pernah dilamar seorang lelaki
pada perkiraanku dapat melengkapi kekurangan yang ada pada diriku. Tentu sahaja
aku mencari seorang lelaki yang mudah tersenyum, tegas dalam kelembutan, lucu
dan bisa membuatku gembira, dan yang paling penting dia seorang yang sangat
menjaga solatnya dan ibadahnya. Cukup padaku itu dan aku telah bertemu
dengannya. Tapi, seperti yang kukatakan sebelum ini, cerita ini tentang
jodoh...
Arakian, aku dilamar aku menolak
dengan lembut atas alasan kerana mahu menumpukan perhatian kepada pelajaran dan
kuliah. Ini amanah yang kupegang sejak mula aku menjejakkan kaki ke menara
gading. Aku tidak suka berpacaran kerana pada aku ianya tidak wajar.
Kukatakan pada lelaki itu,
sekiranya benar dia menginginkan aku menjadi suri hatinya maka tunggulah
sehingga aku dan dia selesai bergraduasi. Kukatakan juga bahawa aku tidak suka
keluar berdua-duaan. Sekiranya seorang lelaki itu benar mahu memiliki hatiku
maka dia perlu memahami bahawa dia perlu lebih serius untuk mengatur masa
depannya berbanding berpeleseran tanpa hala tujuan yang jelas.
Hubungan yang dijalin tanpa ada
matlamat yang jelas bukanlah satu perhubungan yang bersungguh-sungguh tetapi
hubungan yang terang-terangan berlandaskan nafsu semata-mata.
Sekali lagi kukatakan di sini,
ianya soal jodoh. Allah punya perancangan yang lebih menarik untukku, terserah
padaku sahaja sama ada mahu mencari hikmah yang tersembunyi atau membiarkan
diriku sendiri tertanya-tanya mengapa kesudahannya begini dan begitu...
Lelaki itu tidak sanggup menunggu
lantas mengambil keputusan mencari yang lain...
Aku sedikit kecewa namun
kubisikkan pada hati agar redha dengan ketentuan Ilahi. Dalam melayari
kehidupan dan mehnah, aku belajar pelbagai perkara. Setiap hari aku belajar dan
adakalanya mengajarkan sesuatu kepada yang lain. Benar, usia yang semakin
bertambah membuatkanku berasa gusar kerana masih tidak dipertemukan jodoh.
Hidupku banyak dihabiskan dengan
bekerja sebaik sahaja menamatkan pelajaran di universiti. Rakan-rakan lain
ramai yang berlumba-lumba mendirikan rumahtangga dan aku masih lagi sendiri.
Agak sunyi tapi kutabahkan hati supaya aku tidak menjadi seorang yang terlalu
menurut nafsunya.
Tiba saat rezekiku dilebihkan
Allah di mana aku diterima bekerja sebagai salah seorang pegawai psikologi.
Tidak perlu aku ceritakan dengan tepat di mana aku ditempatkan. Sejak pertama
kali aku menjejakkan kaki di sini, tidak pernah terlintas di fikiranku untuk
mencari pasangan hidup. Niatku hanya mahu bekerja kerana Allah, mencari rezeki
untuk keluargaku agar kami dapat hidup dengan lebih selesa.
Sukacita sekali lagi aku
maklumkan, bahawa ini semua urusan jodoh. Jodoh yang tertulis kemas di luh
mahfuz, Salah satu rahsia agung yang tersembunyi dari pengetahuan hamba-Nya
selain urusan umur, rezeki dan maut.
Salah seorang daripada orang
bawahanku yang usianya lima tahun lebih tua dariku dan tentunya seorang lelaki
benar-benar membuatkan jiwaku bergetar. Entah kenapa, tapi aku takut ianya
melalaikan dan bisa menghumban diriku ke lembah kehinaan. Takut untuk
terjerumus di dalam zina hati.
Lelaki itu kerapkali mengujiku
dengan pelbagai pertanyaan. Tingkahnya yang kadang-kadang membuatku
tertanya-tanya kenapa dia perlu bersikap sedemikian denganku dan tidak dengan
perempuan-perempuan yang lain di pejabat. Aku positifkan fikiran, mungkin juga
kerana aku adalah orang atasannya dan wajar saja dia menghormatiku lebih
daripada yang lain. Mungkin.
Satu hari, dengan izin Allah jua
ianya terjadi, ketika sedang enak menjamu selera bersama rakan-rakan sepejabat
pada waktu malam, satu rahsia tersingkap. Salah seorang rakan pejabatku
bertanyakan sama ada aku sudah punya kekasih hati atau belum. Satu soalan yang
kukira agak lucu untuk ditanya. Aku senyum dan menggeleng.
Dia kemudian berkata, ada
seseorang yang dekat denganku ingin menjalinkan hubungan yang lebih rapat dan
serius. Aku dapat mengagak tapi aku meminta kepastian darinya. Nah! Jelas
bahawa lelaki di pejabat yang sama yang kuceritakan sebentar tadi. Tepat
telahanku kali ini. Firasatku jarang tersasar apatah lagi jika aku mohon agar
Allah membimbingku agar aku tidak menjadi orang yang berprasangka yang tidak
baik kepada orang lain.
Hatiku menguntum senyum. Tentu
saja rasa suka apabila diri disukai oleh orang lain yang bergelar lelaki. Aku
senang sahaja bekerja dengannya. Selalu di dalam doaku di mana aku memohon agar
aku dijodohkan dengan seseorang yang baik akhlak dan agamanya, bersederhana
dalam segala urusan, dan bonus bagiku sekiranya lelaki itu seorang yang sedap
mata memandang...
Lelaki itu juga hingga sekarang
masih mengujiku dengan pelbagai pertanyaan. Aku cuma menjawab pertanyaannya
sekadar yang kumampu dan hingga saat ini tidak pula dia menyatakan sendiri
kepadaku bahawa dia punya 'perasaan' padaku. Aku juga begitu, walaupun setiap
kali bertemu jiwaku rasa tenang dan gembira.
Namun cepat-cepat aku sedarkan
diri, khuatir kerana dia bukan siapa-siapa denganku malah bukan mahramku yang
layak untuk aku fikirkan tentangnya. Aku cuba tidak memandang tepat ke matanya
kerana fitrah kewanitaan dan keperempuanan yang malu dan masih menebal dalam
diri menjadi perisai iman yang aku takut makin terhakis.
Cuma satu yang ingin kupesan pada
rakan-rakan di luar sana yang masih belum punya 'pacar'.
Usah gusar dan khuatir.
Kamu tidak perlu merendahkan
martabat diri demi untuk meraih cinta seorang lelaki. Ketahuilah, manisnya dan
cantiknya seorang perempuan itu terletak pada taqwanya, hatinya yang sentiasa
tunduk malu pada perkara-perkara yang tidak patut.
Aku tidak menyatakan yang aku ini
tidak pernah berbuat dosa tapi aku berusaha untuk memperbaiki diri dan cuba
mengelakkan diriku daripada tergelincir ke arah itu.
Ingat, jika ada lelaki yang
menyatakan dia menyukai kamu, tanyakan kembali apa yang dia mahukan daripadamu.
Jika dia sekadar ingin bersuka-suka dan punya pacar persis seperti teman-teman
yang lain maka jauhkanlah dirimu daripadanya.
Sekiranya dia benar-benar serius,
mahu mengikat tali perkahwinan, punya kedudukan kewangan yang kukuh dan latar
belakang keluarga yang menyamankan dan mendamaikan dirimu maka pertimbangkanlah
permintaannya untuk menjadikan dirimu itu sebagai suri hidupnya.
Sekadar bercerita tentang jodoh.
Sungguh betul, ianya urusan rahsia antara yang tersulit sekali di dalam
keterbatasan pengetahuan manusia melainkan dengan izin-Nya.
Harus diingatkan, walaupun ianya
urusan Allah, namun kita tidak pula diperintahkan untuk sekadar menanti dan
berpeluk tubuh. Proaktif itu perlu. Carilah jodoh dengan cara yang diizinkan
dan diredhai Islam atasnya kerana dengan itu moga hubungan kalian nanti juga
akan direhai Allah, Insya-Allah.
Sekadar perkongsian rasa dengan
rakan-rakanku tentang urusan jodohku yang masih lagi samar. Moga sahaja Allah
membantu di dalam urusan yang berkaitan dengannya dan menjauhkan aku daripada
melakukan kemaksiatan hati mahupun tingkah perbuatan secara sir (rahsia)
mahupun secara jahr (terang-terangan).
Jika benar lelaki itu jodoh yang
dikirim Allah untukku meraih cinta yang lebih besar yakni cinta Ilahi maka aku
redha.
Aku tidak mahu mengatakan bahawa
aku ikhlas menerimanya kerana perkara ikhlas itu milik Allah yang tiada manusia
berhak menyatakan bahawa dia ikhlas. Biar Allah sendiri yang menghukumkan
tentang itu.
Buat rakan-rakanku yang mungkin
sedang mencari jodoh atau telah bertemu jodoh, aku doakan agar kalian
memperoleh jodoh sepertimana yang diinginkan olehmu.
Ketahuilah bahawa Allah memberikan
apa yang kita perlu dan bukan yang kita suka kerana mungkin saja sesuatu yang
kita suka itu akan menjadi satu keburukan suatu hari nanti.
Pasangan kita moga terdiri daripada
si dia yang 'melengkapkan' kekurangan yang ada pada diri masing-masing agar
kita lebih mudah berjuang meraih cinta-Nya....
Menantikan kalimah cinta daripada
insan yang dicinta... moga kami meraih cinta-Nya, amin.
Hubungan Yang Sihat & Tidak Sihat
Apakah perhubungan sihat?
Perhubungan sihat adalah sesuatu yang positif. Di dalam perhubungan sihat, remaja lelaki dan perempuan:
Apakah perhubungan tidak sihat?
- Yakin dan selesa dengan diri mereka sendiri dan juga orang lain
- Saling bergembira
- Saling mempercayai dan jujur
- Saling menghormati pendapat, perasaan dan kepercayaan orang lain
- Tidak mengkritik atau mencaci sesama sendiri
- Menerima seseorang itu seadanya
- Dapat menyelesaikan perbezaan pendapat melalui perbincangan
- Tidak mengongkong orang lain
- Boleh menyatakan tidak kepada sesuatu ( termasuk seks )
- Saling berjumpa bila perlu
- Saling sokong menyokong
Apakah perhubungan tidak sihat?
Perhubungan yang tidak sihat berlaku apabila wujud perasaan bengis, tidak hormat, mengongkong atau terdapat unsur penderaan dalam perhubungan seperti:
- Tidak membenarkan anda berinteraksi dengan orang lain
- Tidak membenarkan anda meluangkan masa bersama keluarga
- Sentiasa ingin memeriksa dan mengambil tahu aktiviti anda
- Mengaibkan atau mengkritik anda
- Memaksa anda mengikut kehendak mereka
- Membuatkan anda berasa takut untuk tidak bersetuju atau menyatakan tidak
- Cuba mencederakan anda atau diri sendiri jika anda ingin memutuskan perhubungan
- Boleh bertindak kasar dan ganas terhadap anda
- Memeras ugut / mengancam anda
Sakit Lagi Diriku Ini
* Lepas jumpa doktor nak kata semakin baik tuh tipulah . Eyda still semput / sakit dada dan terbaru eyda rasa mcm mencucuk2 je kat jantung / dada belah kiri .
Apa Itu Thyroid ??
Thyroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah
mengeluarkan hormon. Antara hormon yang terpenting ialah T3
(triiodothyronine) dan T4 (thyroxine). Hormon-hormon ini mengawal
metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia. Sel-sel thyroid adalah
satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodine yang diambil
dalam pemakanan kita. Iodine ini akan bergabung dengan amino asid
tyrosine yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan T4.
Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3
15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2 dsb. T3 dan T4
membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah
lebih aktif daripada T4.T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada
T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang.
Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hypothalamus yang
berada di bahagian otak kita.
Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi thyroid ialah TRH
dan TSH. Hormon-hormon ini membentuk satu system yang kompleks.TRH
dikeluarkan oleh oleh hypothalamus. TRH ini menyebabkan pituitari
mengeluarkan TSH. TSH pula akan menyebabkan thyroid mengeluarkan T3
dan T4. Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas
akan menyebabkan berlakunya masalah thyroid.
Siapakah orang yang berisiko mendapat penyakit thyroid ?
Antara orang-orang yang berisiko menghidap penyakit ini ialah :
* Perempuan
* Genetik
* Mengidapi sakit pituitari atau endocrine yang lain
* Usia lebih 60 tahun
* Merokok
Jenis penyakit thyroid
Ada dua jenis sakit thyroid yang utama :
1. Hyperthyroidism / Thyrotoxicosis
2. Hypothyroidism
Hyperthyroidism / thyrotoxicosis
Dalam kes ini hormon thyroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi
daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :
Grave's disease: Antibodi di dalam badan menyebabkan thyroid
membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau
sebahagian besar) sel thyroid orang yang menghidapi penyakit ini
mengeluarkan hormon berlebihan
Thyroiditis (thyroid bengkak): Selalunya keadaan ini boleh elok
sendiri
Toxic nodule goitre: Terlalu banyak iodine di dalam makanan.
Tanda-tanda orang yang menghidapi hyperthyroidism :
- Bengkak di leher
- Cirit birit
- Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
- Haid tidak teratur, haid kurang atau tidak datang
- Kesuburan turun
- Konsentrasi kurang
- Kulit lembap
- Lemah
- Mata menjadi besar (bulging)
- Mood yang tidak menentu
- Muscle cramp
- Nervous dan gelisah
- Oesteoporosis (kereputan tulang)
- Pengeluaran peluh banyak / bertambah
- Rambut tidak kuat
- Suhu badan naik
- Sukar bernafas
- Sukar tidur
- Tak tahan panas
- Tekanan darah naik
- Tremor (menggeletar)
- Turun berat badan walaupun selera naik
Apa itu Hypothyroidism
Apa itu Hypothyroidism (hipotiroid) ? Hypothyroidism ialah satu keadaan dimana badan
kekurangan hormon thyroid akibat daripada kelenjar thyroid (tiroid) yang kurang aktif . Ia
terjadi adalah kerana hormon tiroid terlalu sedikit di dalam darah, ini akan memperlahankan
sistem tubuh badan dan selalu menyerang golongon berumur 40 tahun ke atas dan golongon
yang berisiko adalah wanita.Penyebab hypothyroidism ini adalah kerana antibodi dan sel
darah putih menyerang tiroid.Antara kesan hypothyroidism ialah ;* Tahu tidak hampir 3% manusia di Bumi menghadapi gejala hypothyroidism ? * Tahu tidak bagi seseorang yang kurang makan makanan laut, seperti ikan mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi gejala hypothyrodism ? * Tidak lupa kepada perokok. Haba asap, dan bahan-bahan kimia lain di dalam rokok akan sedikit sebanyak menggangu proses yang terjadi di thyroid. - Kanser Tiroid.
- cepat penat | tidak bermaya
- lambat berpeluh
- sering berasa sejuk
- pelupa
- berat badan meningkat
- kemurungan
- dan yang paling teruk dan mungkin mimpi ngeri bagi seseorang ialah 'terbantut'.
Bulan Oktober - Final Exam
Please Be Awesome ♥ |
*abaikan tulisan yg buruk itu*
2 paper terakhir paper yg eyda takut sangat2 . Ya Allah tk tahu lah mcm mana nanti kan dlm dewan . Jangan blurr sudah :(
Habis exam kemungkinan ayah akan datang ambik eyda balik sbb nak kena bawak banyak barang kan , takkan nak suruh eyda naik bas lgi . Merajuk teruk karang . . huhu
Hah ! 18 Oktober 2012 birthday eyda yg ke-19 . Jangan lupa wish tau ! :) *hadiahnya sekali okay*
Hahaha gurau je . Cerita pasai birthday eyda tak pernah dpt hadiah , tk pernah sambut pon . Kesian kan :( Klu ada yg tertanya2 kenapa tk dpt hadiah tuh sbb sapa lah eyda nie nk dpt hadiah birthdy kan huhu . Dan kenapa tk sambut tuh eyda pon tktau nak jawab . Mmg seingat eyda , dari kecik sampai skrg kot tk bersambut . Mungkin family eyda nie lain kot dgn family kat luar tuh . Tapi kan klu tahun nie mak bagi sambut bestnya , boleh lah eyda masak untuk kawan2 eyda hehehe . #Harap2 mak bagi lah kan (:
Okay sambung pasai final exam eyda tuh plak *mcm dah habis je cerita exam2 nie -.- Eyda rasa2 dan fikir2 yg cuti sem nie eyda nak keje part time sbb eyda nak ambik lesen kereta ! Mak dh keluar kereta baru tpi eyda still tkde lesen , warghhhhh ! Sedihnyaaaa :( Cuti nie nekad nak ambik lesen . Ada pujuk mak suruh support untuk ambik lesen L , mintak2 dpt lah . Yg selebihnya eyda sendiri akan tanggung dgn duit eyda kerja nanti huhu . Tuh pon kalau dpt kerja , selalunya susah org nak ambik kerja part time nie kan . Eyda biasa kerja mcd , ingat nak buat part time kat tmpt eyda kerja dulu tpi fikir sbb manager depa yg -.- tk jadi lah . Eyda nak try part time tesco lah . Kat situ okay lah , gaji pon lgi okay . Tpi paling best sbb pekerja perempuan/wanita tidak perlu tight in baju mcm lelaki dan tk mewajibkan mekap walaupun kerja bahagian cashier . Cuma kat situ kena tahan dgn customer . InsyaAllah klu dah ada pengalaman tuh mmg senang sikit *kot Mintak2 ada lah dpt panggilan drpd kak ita(manager tesco) panggil masuk kerja . Amin !
#Sebab terlalu busy *sangatlah kan* entry eyda banyak yg auto-publish . Agak2 ada tak orang singgah blog eyda dan baca entry eyda nie ? Mcm tkde je , tkpe lah . Eyda pon bukan reti sangat blog2 ini , nak update entry pon kena tunggu idea dtg . Apa2 pun segala kekurangan , kesilapan , kesalahan eyda mintak maaf sangat2 .
Subscribe to:
Posts (Atom)