Pages

Pages

Ujian Kanser Serviks : Pap Smear

Apakah itu ujian Pap Smear?

    -   merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
    -   Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
    -   Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel   
        serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
    -   Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE 
        PAPANICOLAOU.
    -   Ia adalah satu prosedur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal 
        untuk kajian.
    -   Tidak perlu ubat atau bius.
    -   Mengambil masa beberapa minit sahaja.

Adakah ujian itu menyakitkan?

    -   Tidak menyakitkan.
    -   Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan 
        tarik nafas panjang.

Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?

       Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.

Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?
       Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.

Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?


    -  Tanggalkan seluar dalam.
    -   Berbaring di atas katil.
    -   Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan  spekulum  ke dalam vagina 
        dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
    -   Sejenis kayu  'wooden spatula' dan berus yang kecil  'cytobrush'  dimasukkan ke dalam pangkal 
        rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
    -   Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana 
        laporan akan dibuat.
    -   Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?

    -   Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
    -   Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
    -   Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?

    -   Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks  24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia 
        menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
    -   Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau 
        penggunaan jelly 'lubricant'  2 hari sebelum ujian dijalankan.
    -   Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti 
        sampel.

Bilakah saya mendapat keputusannya?

    -   Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan 
        keputusan.
    -   Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.

Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?
    -   Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda 
        digalakkan untuk menjalani ujian ini  setiap tahun selama 2 tahun.
    -   Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap  3 tahun sekali.

Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?

    -   Di semua klinik dan hospital kerajaan
    -   Di klinik/hospital swasta
    -   Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
    -   Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)

Apakah makna keputusan tersebut?

    -   Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
    -   Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan 
        selanjutnya.
    -   Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
    -   Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
    -   Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - 
        bukan menunjukkan kanser)
    -   Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku 
        kanser).

Apa yang patut dilakukan seterusnya :

    -   Rawatan susulan
    -   Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
    -   Jalani pemeriksaan kolposkopi

Apakah itu kolposkopi?

    -   Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
    -   Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
    -   Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
    -   Kurang menyakitkan.
    -   Sesetengah orang merasa tidak selesa.
    -   Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
    -   Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk 
        memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?

    -   Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
    -   Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
    -   Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

Rujukan

    -   Ministry of Health, 2002. National Cancer Registry Report
    -   Ministry of Health, 2002. Annual Report
    -   Ministry of Health, 2003. Clinical Practice Guidelines - Management of Cervical Cancer


2 comments:

Assalamualaikum . Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini .