Jam menunjukkan pkol 12 , mata dh pedih tpi tkmo tdor lgi . Alang2 tknk tdor lgi nie so eyda nk
menulis ckit , ops ! menaip =) Entry kali nie more to kaum HAWA , so klu de cpe2 terasa tuh c0wy ea .
Tkde niat p0n just nk share ngan korg cmue .
13 Aurat Kaum Wanita
1. Bulu Kening
Menurut Bukhari : ' Rasulullah SAW melaknat perempuan yg mencukur (menipiskan) bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening ' (Riwayat Abu Daud)
2. Kaki (tumit kaki)
' Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki atau mengangkatnya agar diketahui perhiasan yg mereka sembunyikan '
Turut dimaksudkan dlm ayat ini termasuklah :
- menampakkan kaki
- melenggokkan badan mengikut hentakan kaki
3. Wangian
' Sesiapa sahaja wanita yg memakai wangi-wangian , kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina '
(Riwayat An Nasai , Ibnu Khuzaimah , Ibnu Hibban)
4. Dada
' Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka '
(Surah An-Nur : 31)
5. Gigi
' Rasulullah SAW melaknat perempuan yg mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya '
(Riwayat At Tabrani)
' Dilaknat perempuan yg menjarangkan giginya supaya menjadi cantik yg merubah ciptaan Allah SWT '
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
6. Muka dan Leher
' Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti org jahiliah yg terdahulu' (Hadis)
Maksudnya - bersolek dan sengaja membiarkan ikatan tudung terbuka yg menampakkan leher seperti org jahiliah
7. Muka dan Tangan
Asma' Binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah SAW dgn memakai pakaian yg tipis . Sabda Rasulullah SAW : ' Wahai Asma' ! Sesungguhnya seorang gadis yg telah berhaid tdk boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja ' (Riwayat Muslim dan Bukhari)
8. Tangan
' Sesungguhnya kepala yg ditusuk dgn besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yg bukan sejenis yg tidak halal baginya ' (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)
9. Mata
' Dan katakanlah kpd perempuan mukmin , hendaklah mereka menundukkan sebahagian dr pandangan mereka ' (Surah An Nur : 31)
' Jangan sampai pandangan pertama mengikuti pandangan yg lain . Kamu hanya boleh memandang pd pandangan yg pertama sahaja , adapun pada pandangan seterusnya tidak dibenarkan
(Riwayat Ahamd , Abu Daud dan At Tarmizi)
10. Mulut
' Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak berbicara sehingga berkeinginan org yg ada perasaan serong dlm hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yg baik ' (Surah Al Ahzab : 32)
' Sesungguhnya akan ada umatku yg minum arak yg mereka namakan dgn yg lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dlm bumi ' (Riwayat Ibnu Majah)
11. Kemaluan
'Dan katakanlah kpd perempuan-perempuan mukmin , hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jgn berzina) ' (Surah An Nur : 31)
12. Pakaian
' Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yg berpakaian tetapi telanjang yg condong kpd maksiat dan menarik org lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya ' (Riwayat Bukhari dan Muslim)
yg dimaksudkan berpakaian tetapi telanjang ialah ;
' Hai nabi-nabi katakanlah kpd isteri-isterimu , anak-anak perempuanmu dan isteri org-org mukmin , hendaklah mereka memakai baju jilbab (yg labuh dan longgar) , yg demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak akan diganggu . Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang '
(Surah Al Ahzab : 59)
13. Rambut
' Wahai anakku Fatimah , adapun perempuan-perempuan yg akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dlm neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya drpd dilihat oleh lelaki yg bukan mahramnya ' (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah =)
# Ya Allah , jadikanlah aku wanita yang solehah . . yang baik di antara yang terbaik . .
dan kurniakanlah aku pendamping yang baik . .
dalam mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMu . . AMIN . . #
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum . Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini .